Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

151) GOOD GOVERNANCE

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Mohon dijelaskan kaedah apakah yang digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam membuat pengisytiharan harta. Adakah ianya turut mengambil kira pengisytiharan harta itu termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki selama ini?

    Klik jawapan »

152) BANTUAN KEPADA PESAWAH OLEH BENCANA ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membantu pesawah padi yang mengalami kerugian akibat pokok padi mereka musnah disebabkan bencana alam ribut baru-baru ini?

    Klik jawapan »

153) KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Mohon dijelaskan kaedah apakah yang digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam membuat pengisytiharan harta. Adakah ianya turut mengambil kira pengisytiharan harta itu termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki selama ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status laporan kes rasuah YAB DATO' Menteri Besar yang berkaitan dengan pembelian lembu korban yang dihadiahkan kepada masjid dan surau di sekitar Bandar Tun Razak dan pembelian spare part kereta LEXUS yang telah dimajukan kepada SPRM?

    Klik jawapan »

154) NAIK TARAF JALAN UTAMA KELUAR-MASUK KAMPUNG BARU BATU 11 CHERAS DAN TAMAN MURNI BATU 10 CHERAS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Adakah peruntukan disediakan untuk menaik-taraf jalan utama keluar-masuk Kampung Baru Batu 11 Cheras yang dialami kesesakan jalan sejak beberapa tahun yang lalu?

    Klik jawapan »

  2. Adakah cadangan menaik taraf jalan utama keluar-masuk Taman Murni Batu 10 Cheras yang amat berbahaya dari segi keselamatan jalan raya dipertimbangkan?

    Klik jawapan »

155) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan polisi pentadbiran di PBT-PBT di negeri Selangor lebih dari setahun lepas. Adakah dibuat penyelidikan tentang polisi pentadbiran PBT di bawah Pakatan Rakyat kini lebih baik atau sebaliknya dari semasa di bawah pentadbiran BN?

    Klik jawapan »

  2. Tidakkah jemputan ADUN-ADUN ke mesyuarat PBT selaku pemerhati menjejaskan peranan mereka di dalam mengawal polisi dan perjalanan PBT-PBT ?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini berapakah Ahli-ahli Majlis yang telah diberhentikan dan diganti dengan yang lain kerana prestasi mereka yang tidak memuaskan ?

    Klik jawapan »

156) STATUS DAN HAKMILIK TANAH BAGI BANGUNAN KUIL-KUIL HINDU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum memberikan hak milik-hak milik Tanah yang kekal kepada semua Kuil-kuil Hindu di dalam Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum menggerakkan kakitangannya untuk turun padang dan mendaftarkan semua Kuil-kuil Hindu di seluruh Negeri Selangor?

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberi pampasan serta penempatan baru bagi Kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dahulu?

157) PENYERAHAN DEWAN-DEWAN KEPADA PIHAK BERKUASA YANG BERKAITAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Adakah terdapat Garis Panduan berkaitan pembinaan, penjagaan/penyeliaan dan yang berkaitan dengannya dalam PBT dan Pejabat Daerah? Sila nyatakan

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan dewan-dewan yang masih belum diserahkan kepada PBT atau Pejabat Daerah

    Klik jawapan »

158) PAKEJ RANGSANGAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah yang disalurkan kepada Negeri Selangor daripada pakej rangsangan ekonomi Malaysia pertama dan kedua tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan negeri Selangor memastikan bahawa wujudnya koordinasi antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat agar penyaluran peruntukan untuk pembangunan kerajaan negeri Selangor dapat dilaksanakan sebaiknya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi merangsangkan ekonomi dalam negeri Selangor sekiranya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tidak disalurkan khasnya daripada segi pembinaan infrastruktur?

    Klik jawapan »

159) PENIAGA-PENIAGA KECIL JALANAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Berkenaan dengan peniaga-peniaga kecil yang menjalankan aktiviti perniagaan di tepitepi jalan dan kaki lima kedai yang tumbuh seperti cendawan di Negeri Selangor. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga-peniaga ini dari segi modal dan tempat berniaga yang lebih selesa, bersih dan selamat.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah saman/denda yang telah dikeluarkan kepada peniaga seperti ini yang biasanya tidak berlesen dan berniaga di kawasan larangan mengikut pecahan kaum

160) TEMPAT IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu rumah ibadat yang tidak mempunyai tapak ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah untuk tujuan ibadat mengikut jenis agama Hindu, Kristian dan Buddha ?

  3. Jika ya, di mana ?