Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

261) INDUSTRI KECIL SEDERHANA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah industri kecil sederhana mengikut jenis dalam Selangor daripada 2004-2009.

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi menggalakkan dan membantu industri kecil sederhana dalam Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bidang yang menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri kecil sederhana?

    Klik jawapan »

262) MEMPERKAYAKAN SEMULA TULISAN JAWI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan yang ada di pihak Kerajaan Negeri bagi menjamin keberlangsungan dan kepopularan tulisan jawi di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak-pihak PBT di negeri ini mempunyai rancangan untuk memartabatkan tulisan jawi di papan-papan tanda yang diwujudkan di bawah bidang kuasa PBT-PBT tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pula perancangan strategik di pihak Adat-adat Melayu dalam usaha memartabatkan tulisan-tulisan jawi itu?

    Klik jawapan »

263) HOSPITAL DI IJOK / BATANG BERJUNTAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Ada keperluan untuk sebuah hospital besar di kawasan Parlimen Kuala Selangor di pusatkan di kawasan Ijok / Batang Berjuntai. Hospital yang terdekat adalah di Tanjong Karang, Klang atau Sungai Buloh

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah Kerajaan Negeri bertindak dengan berkesan untuk membangunkan sebuah hospital berkenaan ?

    Klik jawapan »

264) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan kaedah yang berkesan bagi mengurangkan berlakunya kemalangan di sepanjang jalan tersebut.

    Klik jawapan »

265) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebab projek ini dihentikan dan adakah projek ini akan diteruskan?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah kontraktor baru yang dilantik untuk meneruskan projek tersebut dan bilakah kerja pembesaran akan diteruskan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk projek ini secara keseluruhan dan tambahan kos untuk pelantikan kontraktor baru?

    Klik jawapan »

266) KANAK-KANAK YANG TERCICIR DALAM PENDIDIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk kerjasama yang dapat diadakan setakat ini dengan Kementerian Pendidikan dalam memastikan pendidikan untuk rakyat tidak di politikkan?

    Klik jawapan »

267) SYARIKAT PENYELENGGARAAN BANGUNAN SWASTA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Banyak pihak MC atau ÔMaintenance CompanyÕ yang gagal melaksanakan tanggungjawab dan menyalahkan pemilik rumah kerana tidak menjelaskan bayaran bulanan hingga mengganggu kelancaran pembersihan oleh mereka. Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah ini memandangkan aduan sedemikian semakin meningkat?

    Klik jawapan »

  2. Apakan Kerajaan Negeri bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang menyenaraihitamkan syarikat ini termasuk Ahli Lembaga Pengarah Syarikat terlibat dan bilakah cadangan ini akan dimulakan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang boleh diambil kepada pemilik kediaman di bawah seliaan MC yang menyewakan premis mereka kepada pendatang asing memandangkan sebahagian masalah ini disumbangkan oleh penyewa asing yang langsung tidak menitikberatkan soal kebersihan premis diduduki mereka

    Klik jawapan »

268) TANAH PERTANIAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah Kerajaan Negeri bercadang memberi tanah pertanian satu hektar seorang kaum miskin untuk 200 keluarga miskin di kawasan Bukit Melawati ?

    Klik jawapan »

269) KEDAI MILIK PENIAGA TEMPATAN YANG DISEWAKAN PADA PENDATANG ASING

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan sedar hampir seluruh kawasan di Selangor mengalami keadaan serupa dan perincikan pecahan kes yang dikesan mengikut pentadbiran PBT bagi seluruh negeri

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah drastik yang telah, sedang dan akan diambil bagi mengurangi gejala ini memandangkan semakin ramai peniaga tempatan berminat ÔberniagaÕ cara mudah begini

  3. Apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil pada pemilik premis yang jelas menyewakan lesen perniagaan mereka pada orang asing dan berapakah kes yang telah diambil tindakan undang-undang sepanjang 2009?

270) TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan untuk memperluaskan lagi capaian teknologi maklumat kepada semua kawasan di negeri Selangor terutama di kawasan desa

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan Pusat Info Desa (ICT) yang terdapat dalam Negeri Selangor mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  3. Apakah polisi Kerajaan Negeri ke atas bangunan - bangunan Pusat Info Desa (ICT) yang banyak didirikan oleh Kerajaan Persekutuan di atas tanah - tanah Kerajaan Negeri Selangor dan siapakah yang bertanggungjawab ke atas bangunan-bangunan tersebut?

    Klik jawapan »