Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

81) PUSAT KEBUDAYAAN KAUM INDIA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membina sebuah Pusat Kebudayaan bagi Kaum India di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor-faktor yang akan diambil kira dan aktiviti-aktiviti bagi menjayakan Pusat Kebudayaan bagi kaum India tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perkara-perkara yang akan diusulkan bagi membentuk sebuah Pusat Kebudayaan Kaum India ini nanti?

    Klik jawapan »

82) PENCEMARAN ASAP KILANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan kilang - kilang yang mengeluarkan asap mematuhi peraturan alam sekitar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan tegas yang telah diambil terhadap kilang - kilang yang masih tidak mematuhi peraturan alam sekitar mengenai kawalan asap kilang yang mencemarkan di lembah Klang?

    Klik jawapan »

83) PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sehingga pertengahan tahun 2009, berapa jumlah pendapatan Syarikat Negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang menjalankan aktiviti perniagaan pasir?

    Klik jawapan »

84) PEKERJA ASING DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap pekerja asing yang menjadi pelayan di restoran dan premis dalam tahap kesihatan dan piawaian kerja yang baik dan berkualiti

    Klik jawapan »

  2. Adakah program yang di laksanakan dan berapa ramai yang terlibat.

    Klik jawapan »

85) PERANCANGAN PEMBANGUNAN PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Majlis Bandaran/Perbandaran telah ditugaskan untuk merancang kawasan masing-masing agar pembangunan berjalan dengan lancar. Adakah peraturan-peraturan yang bertulis di mana setiap projek pembangunan yang diluluskan beberapa tahun dahulu akan disemak kembali sebelum memulakan pembinaan khususnya dari segi maklumat baru tentang kepadatan penduduk, kepadatan kenderaan yang melalui kawasan tersebut, pembinaan yang baru wujud dan sebagainya

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap projek pembangunan untuk menyediakan kemudahan seperti sekolah, tempat amal ibadat, bomba, balai polis dan sebagainya. Sekiranya ada, bagaimana perlaksanaannya

    Klik jawapan »

86) MASALAH PENDATANG ASING

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pendatang asing/pekerja asing yang terdapat di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal kegiatan mereka supaya tidak menimbulkan masalah sosial?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini?

    Klik jawapan »

87) KESAN EKONOMI GLOBAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menerokai bidang ekonomi baru yang boleh memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri yang telah dibuat bagi membantu rakyat berdikari dan tidak hanya mengharap pekerjaan yang diperolehi dari pelabur luar?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah tindakan kerajaan negeri terhadap pekerja-pekerja asing yang mula menjejaskan pendapatan rakyat tempatan, seperti menguasai perniagaan pasar malam dan kawasan tertentu?

    Klik jawapan »

88) PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan dalam menangani masalah penjaja tepi jalan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan dan insentif untuk membantu sektor penjaja dan peniaga modal kecil?

    Klik jawapan »

89) TANAH PERKUBURAN CINA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah permohonan tapak perkuburan Cina telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa permohonan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status permohonan tanah perkuburan Cina bagi Tanjung Sepat di Daerah Sepang?

    Klik jawapan »

90) PERUMAHAN (MASALAH PENEMPATAN SETINGGAN)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kita menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Jawatankuasa Khas ke arah menyelesaikan masalah pemindahan setinggan di Bukit Botak, Selayang yang telah berlarutan begitu lama. Sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat menjamin laporan Jawatankuasa Khas ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri supaya benar-benar dapat menyelesaikan masalah penduduk.

    Klik jawapan »