Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

141) KESELAMATAN DARI JENAYAH DAN BENCANA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah pelaksanaan sistem keselamatan kendiri di kawasan perumahan sebagaimana janji penggantian Rukun tetangga kepada sistem baru yang lebih berkesan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penguatkuasaan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jenayah sosial yang berkaitan arak dan judi daripada berleluasa?

    Klik jawapan »

142) EKO-PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Selangor memiliki ÒTaman Warisan NegeriÓ iaitu hutan simpan kekal yang meliputi tiga daerah iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Ia kaya dengan flora, fauna dan air-air terjun. Apakah Kerajaan Negeri bercadang menjadikan ÒTaman Warisan NegeriÓ sebagai produk eko - pelancongan yang unggul?

    Klik jawapan »

143) PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keluasan tanah Kawasan Hutan Simpan Sungai Karang yang telah di ceroboh dan diterokai ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas tanah kawasan hutan simpan Sungai Karang yang telah di ceroboh tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menjadikan kawasan hutan simpan Sungai Karang dapat menjamin sistem pengairan sawah padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam tidak terjejas ?

    Klik jawapan »

144) ADUAN-ADUAN PBT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Aduan-aduan yang paling ketara diterima oleh semua PBT adalah aduan yang mengenai sampah, lampu jalan dan longkang tersumbat. Mengapakah masalah-masalah sebegini tidak dapat diselesaikan?

    Klik jawapan »

145) PENJUALAN TANAH PKNS DI SETAPAK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Tanah seluas 93 ekar milik asal PKNS di Setapak telah dijual sepenuhnya: Kepada siapa atau pihak manakah PKNS menjual tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nilai jualan dan berapakah keuntungan yang diperoleh oleh PKNS daripada penjualan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah garis panduan yang diberikan oleh kerajaan bagi penjualan tanah milik PKNS di luar Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

146) PENJAJA PASAR MALAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Jelaskan secara terperinci proses pengambilan semula pengurusan pasar malam di Selangor dan apakah rasionalnya

    Klik jawapan »

  2. Terdapat banyak rungutan ramai peniaga lama tercicir dari senarai, apakah langkah mengatasinya agar semua dapat berniaga semula

    Klik jawapan »

147) KEJADIAN BANJIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Akhir tahun lalu(2008), banyak kawasan di Selangor dilanda banjir mengakibatkan kehilangan/kerosakan harta. Ekorannya beberapa langkah diambil, termasuk 'cuci-gali', mendalamkan sungai, dan menubuhkan suatu jentera khas (Semesta) untuk menyelaraskan kegiatan menangani masalah banjir. Bagaimana semua kegiatan tersebut? Apakah laporan kemajuan di kawasan pinggiran Sg Kayu Ara di Kg cempaka, Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

148) MASALAH WABAK DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Wabak denggi di Negeri Selangor semakin membimbangkan khususnya di Daerah Gombak. Terdapat beberapa lokaliti bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang yang tersenarai sebagai Ôhot spotÕ. Apakah tindakan Majlis Perbandaran Selayang untuk mengawal wabak ini

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah perancangan Majlis Perbandaran Selayang untuk mendidik komuniti bagi mempercepatkan proses kawalan dan pencegahan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan Negeri Selangor mampu bebas denggi.

    Klik jawapan »

149) PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelancong yang melawat ke Negeri Selangor mengikut negara pada tahun 2008-2009?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik pelancong melawat ke Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

150) UNISEL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan UNISEL untuk menarik lebih ramai penuntut terutamanya penuntut luar negeri yang secara tidak langsung dapat merancakkan industri pelancongan negeri yang berasaskan pendidikan.

    Klik jawapan »

  2. Adakah UNISEL bercadang untuk mewujudkan Õ Centre of Excellence in International Islamic Banking and Finance Õ dalam usaha melahirkan tenaga kerja dalam industri tersebut sejajar dengan hasrat YAB DATO' Menteri Besar untuk menjadikan Shah Alam sebagai Pusat Kewangan dan Perbankan Islam bertaraf antarabangsa.

    Klik jawapan »