Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

161) PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM OLEH JKKKP

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti JKKKP dan sebagainya mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan infrastruktur seperti parit, jalan dan bangunan tanpa mendapat kebenaran daripada PBT?

    Klik jawapan »

162) KES RAGUT DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah statistik kes ragut di Selangor bagi tahun 2009 berbanding 2006-2008? Nyatakan bilangan mengikut daerah

    Klik jawapan »

  2. Adakah kajian dijalankan bagi mengenal pasti punca meningkatnya kegiatan meragut serta usaha bagi menanganinya?

    Klik jawapan »

163) PERLOMBONGAN PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang digunakan untuk mencegah perlombongan pasir tanpa kebenaran?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status kewangan Kumpulan Semester Sdn Bhd(KSSB) dalam industri penyelenggaraan perlombongan pasir sejak penubuhannya?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah kebocoran dan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat daripada perlombongan pasir tanpa kebenaran sejak 2008?

    Klik jawapan »

164) PEMULIHARAAN PANTAI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah langkah-langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihkan semula kawasan pantai dengan menanam pokok-pokok bakau?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan jumlah keluasan kawasan pantai yang telah dipulihkan semula dengan tanaman bakau mengikut daerah?

    Klik jawapan »

165) PREMIS PERNIAGAAN OLEH PENDATANG ASING

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan / langkah-langkah yang diambil oleh PBT / Kerajaan Negeri bagi membendung golongan pendatang asing yang membuka premis perniagaan tidak sah di Pelabuhan Klang/Bandar Sultan Suleiman?

    Klik jawapan »

  2. Apakah prosedur yang membolehkan mereka untuk berniaga?

    Klik jawapan »

  3. Pihak manakah yang bertanggungjawab yang menyemak dan meluluskan permohonan serta mengeluarkan lesen bagi membolehkan mereka berniaga?

    Klik jawapan »

166) IBU TUNGGAL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah ibu tunggal yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu ibu tunggal di Selangor semenjak Mac 2008? Berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

167) ÔMODERN PIG FARMINGÕ DI TUMBUK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini bagi ÔModern Pig FarmingÕ di Tumbuk?

    Klik jawapan »

168) INDUSTRI PERKHIDMATAN DAN PERHOTELAN DI BAWAH KDEB

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Jumlah pendapatan tahun 2004 Ð 2008 bagi tiga hotel di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) agak mendatar dan menurun bagi Peransang Templer Golf Club. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini?

    Klik jawapan »

  2. Selain daripada pelanggan-pelanggan korporat utama apakah strategi pemasaran yang dijalankan oleh KDEB bagi melonjakkan pendapatan perkhidmatan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah manfaat dan hasil secara langsung yang diperoleh oleh kerajaan daripada aktiviti KDEB dalam sektor perkhidmatan dan perhotelan seperti ini?

    Klik jawapan »

169) PENCAWANG TELEKOMUNIKASI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Berikan butiran lengkap jumlah Menara Telco yang terdapat di seluruh negeri dan pecahannya di setiap daerah?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pula jumlahnya yang dipasang di surau, masjid, tokong, kuil, dan premis perseorangan?

    Klik jawapan »

170) MEDAN SELERA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Medan selera merupakan tempat makanan yang dilanggan orang ramai. Ia biasanya dibuka waktu petang dan malam. Baru-baru ini, terdapat penjaja di situ pun berbuka meniaga pada waktu tengah hari mengakibatkan aduan dari pengurus kedai makanan dan restoran di bangunan persekitaran. Apakah dasar berkenaan waktu buka / niaga untuk medan selera yang diuruskan oleh PBT?

    Klik jawapan »