Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

211) JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan bagi memantapkan lagi fungsi JKKK.

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan berhasrat menyediakan sedikit peruntukan bagi menggerakkan aktiviti JKKK.

    Klik jawapan »

212) PERKHIDMATAN BUS KOMUNITI DI MBPJ

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Secara purata berapakah ramai penduduk yang menggunakan bus komuniti setiap bulan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah konsep bas komuniti akan dilaksanakan di PBT lain? Mengapa?

    Klik jawapan »

213) PELUANG PEKERJAAN DAN HARTANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Bandar Baru Bangi mempunyai polisi mengutamakan dari segi peluang pekerjaan dan membeli hartanah kepada penduduk tempatan. Sejauh manakah pihak pengusaha hartanah terutama PKNS berunding dengan Wakil Rakyat dan Persatuan penduduk bagi memberi keutamaan penduduk setempat memiliki hartanah, khususnya premis kedai?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah bangunan komersil Ð termasuk kilang di Bandar Baru Bangi?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah dan peratusan pemilikan yang dijual kepada pembeli tempatan?

    Klik jawapan »

214) PRESTASI PENGURUSAN SAMPAH (SISA PEPEJAL)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan untuk meningkatkan tahap pengurusan sampah (sisa pepejal) terutama di kawasan bermasalah seperti di Jalan Teratai, Meru?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan prestasi kontraktor kutipan dan pembersihan di Negeri Selangor khususnya di Daerah Klang yang menghadapi masalah pembayaran lewat?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengagihkan kerja-kerja kutipan dan pembersihan ini supaya ia berjalan dengan baik dan telus?

    Klik jawapan »

215) KERJASAMA DI ANTARA JKKK DAN ADUN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Kerjasama yang erat di antara JKKKK dengan ADUN di kawasan yang diwakili adalah amat penting bagi memastikan maklumat pemerintahan Kerajaan Negeri sampai pada peringkat akar umbi. Apakah prosedur / syarat-syarat kelayakan bagi setiap calon JKKK yang menjadi orang kanan kepada setiap ADUN di dalam sesuatu kawasan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah peranan seorang JKKK di dalam memastikan mereka sentiasa menyokong kepada pentadbiran ADUN kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang memantau / mengambil tindakan sekiranya JKKK di kawasan tersebut tidak mahu bekerjasama dengan ADUN kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

216) PERBANDARAN SELESA DAN BERTARAF ANTARABANGSA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah ciri-ciri utama bagi sesuatu perbandaran yang layak dikategorikan sebagai perbandaran selesa dan bertaraf antarabangsa?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan setakat ini perbandaran manakah yang sudah memenuhi ciri-ciri tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang bakal dilaksanakan oleh PBT untuk memastikan perbandaran di Negeri Selangor dapat mencapai tahap tersebut dalam jangka masa yang terdekat?

    Klik jawapan »

217) JUMLAH PARA PENDUDUK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah para penduduk di Negeri Selangor setakat hari ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah penduduk mengikut kaum di Negeri Selangor setakat hari ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah penduduk Negeri Selangor yang berumur 21 tahun dan lebih di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

218) PEMBAHARUAN BANDAR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru dalam program pembaharuan bandar yang bakal dilancarkan di Klang, Petaling Jaya dan Kajang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah KPI-KPI atau pencapaian-pencapaian yang perlu di kecapi oleh program-program ini pada akhir tahun 2010?

    Klik jawapan »

219) BEKALAN TENAGA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pembekalan tenaga bagi menampung permintaan yang bertambah dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha mempromosi dan tingkatkan kesedaran kepada penggunaan rendah karbon dalam pengangkutan, penggunaan domestik dan industri?

    Klik jawapan »

220) PENGURUSAN SISA PEJAL PLASTIK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan Selangor dalam penggunaan beg plastik dan pembungkusan polisterin?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan (road-map) kerajaan dalam mengurangkan penggunaan beg plastik dan bahan berpolisterin?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pencapaian kerajaan dalam usaha pengurangan sisa pejal beg plastik dan bahan polisterin?

    Klik jawapan »