Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

41) SPIES

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senarai program-program di bawah SPIES yang telah dijalankan pada tahun 2009 dan setakat manakah peruntukan untuk SPIES telah dibelanjakan pada tahun 2009.

    Klik jawapan »

  2. Apakah kesan-kesan positif yang dapat dikesan oleh Kerajaan Negeri selepas pelaksanaan program SPIES terhadap kakitangan awam Selangor?

    Klik jawapan »

42) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah prestasi pendaftaran SMUE bagi setiap kawasan DUN sehingga Sep 2009?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk SMUE bagi 2008,2009?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup Warga Emas di Selangor?

    Klik jawapan »

43) MENARA TELCO

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dan PBT untuk pembinaan Menara Telco?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan Menara Telco dan lokasi yang telah diberikan permit untuk tahun 2009 mengikut PBT

    Klik jawapan »

44) ADUN DAN PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Kerjasama antara ADUN dan Pejabat Daerah yang mantap akan meningkatkan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat: Apakah garis panduan kerja yang telah disediakan oleh kerajaan bagi Pejabat Daerah dalam konteks kerjasama dengan ADUN?

    Klik jawapan »

  2. Apakah garis panduan yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi membolehkan ADUN memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di DUN menepati bajet yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri?

    Klik jawapan »

  3. Adakah panduan dari kerajaan kepada Pejabat Daerah bagi memberi ruang agar beberapa projek bagi manfaat rakyat didahulukan berdasarkan daripada syor dan cadangan daripada ADUN?

    Klik jawapan »

45) PERUNTUKAN DARI KERAJAAN PUSAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Pusat kepada negeri ini dan perincikan setiap jabatan yang menerimanya

    Klik jawapan »

  2. Terangkan tindakan Kerajaan Negeri jika peruntukan wajib ini sengaja dilewatkan pemberiannya

    Klik jawapan »

46) GETARAN BUMI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan kecemasan jika berlakunya getaran bumi yang menyebabkan bencana?

    Klik jawapan »

  2. Adakah agensi-agensi dalam negeri telah diberi taklimat berkenaan perkhidmatan kecemasan dan bantuan bencana?

    Klik jawapan »

47) PROJEK LRT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Cadangan jajaran baharu Transit Aliran Ringan (LRT) Lembah Klang. Pada dasarnya Kerajaan Negeri menyokong pembinaan LRT kerana ia secara keseluruhannya memberikan keselesaan dan juga perkhidmatan untuk masyarakat dan menolong meringankan kesesakan jalan raya yang kita alami sekarang. Amat malang sekali cadangan baru Syarikat Prasana tidak melibatkan kawasan-kawasan perumahan di Cheras dan Kajang. Apakah usaha yang akan dibuat oleh kerajaan negeri untuk berbincang dengan Syarikat Prasana agar mempertimbangkan pengembangan Transit Aliran Ringan ke Kajang dengan melalui kawasan perumahan Balakong

  2. Apakah insentif-insentif yang akan di berikan oleh kerajaan negeri untuk projek berkenaan kepada syarikat Prasana Berhad?

48) PELABUR ASING

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Sejak 2008, kerajaan Negeri Selangor bergiat sangat menarik pelabur asing ke Negeri Selangor. Berapakah projek dan jumlah nilai yang telah dibawa masuk?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peluang pekerjaan telah diujudkan khasnya kepada golongan graduan?

    Klik jawapan »

49) TANAH-TANAH YANG BERKAITAN DENGAN PEJABAT TANAH HULU LANGAT SEJAK TAHUN 2008

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan Lokasi Tanah yang telah disewakan dan Lokasi tanah yang telah di jual oleh Pejabat Tanah Hulu Langat sejak tahun 2008 serta nyatakan dengan terperinci harga sewaan dan harga jualan setiap tanah yang terlibat.

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria yang diperlukan untuk memohon atau mendapatkan Lesen Menduduki Sementara(TOL) bagi tanah kerajaan Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Jelaskan proses dan tempoh masa untuk memohon TOL secara terperinci.

    Klik jawapan »

50) KHIDMAT AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Pelantikan Ahli-ahli majlis PBT telah dinilai kembali selepas setahun mereka berkhidmat di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Bagaimanakah prestasi Ahli-ahli majlis PBT setahun mereka dilantik di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Berapa dari kalangan mereka yang diberhentikan atau menarik diri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah masalah-masalah utama yang menyebabkan mereka diberhentikan?

    Klik jawapan »