Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

16) BEKALAN AIR PERCUMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor melengah-Iengahkan pelaksanaan pemberian bekalan air untuk kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah tarikh sebenar pemberian bekalan air tersebut akan dilaksanakan supaya rakyat Selangor tidak ternanti-nanti ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah persetujuan yang telah dicapai daripada syarikat yang membekalkan air tersebut dan berapakahjumlah bayaran yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkanbekalan air tersebut secara percuma?

    Klik jawapan »

17) MENANGANI GEJALA SOSIAL DAN PEMBENTUKAN MODAL INSAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah dasar baru kerajaan negeri terhadap perkembangan perniagaan rumah urut, kewujudan kilang arak dan premis menjual arak serta pusat-pusat hiburan yang terdapat di Negeri Selangor yang sering dikaitkan dengan unsur-unsur negatif dan antara sumber utama gejala kurang sihat selama ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah wujud garis panduan tertentu dalam soal hiburan khususnya yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, sebagaimana yang dipraktikkan di Kelantan?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani gejala sosial di kalangan remaja serta langkah-Iangkah keselamatan segera bagi menangani kehilangan pelajar dan kanak-kanak

18) CUTI BERSALIN SEBANYAK 90 HARI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Manifesto kerajaanjuga memperlihatkan hasrat kerajaan negeri untuk membela nasib kaum wanita dan saya sebagai pemantau jawatankuasa tetap hal ehwal wanita ingin kerajaan menunaikan janji-janji dengan memberi cuti sebanyak 75 hari kepada kaum wanita. Adakah cuti bersalin sebanyak 90 hari akan diberikan seperti yang dijanjikan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan status wanita yang juga menjadi sumbangan ekonomi negeri?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana pula dengan 14 hari cuti yang akan ditawarkan sewaktu isterinya bersalin? Bilakahjanji-janji ini akan dikotai dan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

19) KELUARGA MISKIN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah definisi kemiskinan?

    Klik jawapan »

  2. Mengikut definisi kemiskinan kerajaan, wujudnya berapa warga miskin di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Kalau ukuran kemiskinan adalah keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan, wujud berapa ramai warga miskin di Selangor?

    Klik jawapan »

20) MAJLlS DAERAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Syarikat Alam Flora telah dilantik untuk membekalkan perkhidmatan membuang sampah, penjagaan longkang dan rumput di Negeri Selangor. Namun begitu, masih ada banyak rungutan daripada orang ramai mengenai sampah sarap yang tidak dikutip yang mengakibatkan longkang tersumbat menyebabkan kejadian banjir yang berleluasa dewasa ini. Apakah sistem pemantauan yang digunakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk melancarkan lagi perkhidmatan ini tanpa masalah?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak yang telah dibayar oleh Majlis Daerah Kuala Selangor kepada Syarikat Alam Flora pada tahun 2006 dan 2007?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah cara untuk memperbaiki lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan sekarang ini?

    Klik jawapan »

21) LEBIHAN WANG ZAKAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Berapakah lebihan kutipan wang zakat sebelum ini di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan negeri untuk menyalurkannya kepada asnaf yang masih lagi memerlukannya di negeri Selangor misalnya Sekolah Agama Rakyat?

    Klik jawapan »

  3. Sekiranya di negeri Selangor hasil zakat sudah mencukupi, wujudkah mekanisme untuk menyalurkannya ke negeri lain?

    Klik jawapan »

22) PENGANGGURAN DAN AKTIVITI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Dalam tempoh tahun 2004 ke 2007 beberapa kilang/usahawan pernah berpindah ke negara-negara lain. Berapakah kilang/perusahaan yang terlibat? Berapa pekerja yang hilang kerja? Berapa yang jaya cari kerja baru, dan berapa cepatnya?

    Klik jawapan »

  2. Apa langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk menolong yang hilang kerja mencari kerja baru, dan mendorong serta merangsang ekonomi?

    Klik jawapan »

  3. Betapa kesannya langkah kerajaan untuk mendorong aktiviti ekonomi? Jelaskan dengan angka statistik seperti nombor kilang/usahawan baru, bilangan pekerjaan baru yang dicipta, nilai pelaburan (dalam jumlah nilai ringgit)?

    Klik jawapan »

23) PERANCANGAN MEMBINA MASJID BARU DI SELURUH SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah prosedur membina masjid baru diamalkan sebelum ini dan huraikan kenapakah masih terdapat tapak masjid yang sepatutnya didirikan masjid telah disewakan kepada pengusaha kereta terpakai atau tidak diserahkan oleh pemaju kepada kerajaan dan dibiarkan sahaja menjadi semak samun

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan butiran terperinci, berapakah tapak Masjid di Selangor yang telah ada dalam senarai untuk di bina tetapi masih dalam peringkat perancangan untuk dibina dan nyatakan kawasan-kawasan manakah akan didirikan masjid - masjid ini?

    Klik jawapan »

  3. Bagi memakmurkan masjid agar sentiasa digunakan selain untuk bersembahyang apakah cadangan-cadangan Kerajaan Negeri bagi meninggikan lagi fungsi setiap Masjid dan sekiranya ada, bilakah ianya akan mula dilaksanakan?

24) HUTAN RIZAB DAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapa keluasan liputan hutan simpan dalam negeri Selangor dalam julat masa 2000- 2007?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah keluasan hutan simpanan dan hutan simpanan kekal yang telah digazet semula untuk tukar syarat guna tanah dalam tempoh masa 2000-2007?

    Klik jawapan »

  3. Apakah nama syarikat dan individu yang telah diberi hak pemilikan bagi tanah hutan simpanan yang ditukar syarat guna tanah tersebut?

    Klik jawapan »

25) SUKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Rancangan Tempatan Morib Tg. Sepat 2005-2020 telah dilancarkan. Bilakah akademik sukan layar akan dilaksanakan di kawasan Pantai Batu Laut?

    Klik jawapan »