Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

71) PENGURANGAN SUMBER MAKANAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia mendapati sumber perikan di perairan Pantai Barat semakin meruncing. Jika tiada langkah-Iangkah pemuliharaan kemungkinan besar nelayan pantai akan mengalami kerugian setiap kali turun ke laut. Apakah rancangan dan strategi kerajaan negeri dalam usaha memastikan perairan di pantai barat mempunyai sumber ikan yang mencukupi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membantu nelayan miskin meningkatkan pendapatan mereka?

    Klik jawapan »

72) KADAR JENAYAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Kadar jenayah di Negeri Selangor semakin meningkat. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membendung peningkatan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah aktiviti jenayah mengikut daerah dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan dengan terperinci jenis-jenis jenayah yang berlaku mengikut daerah dalam Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

73) KEBAJIKAN (TABUNG KELAHIRAN)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Tabung Permulaan RM100 bagi setiap anak-anak kelahiran Selangor sebagaimanayang telah dijanjikan di dalam manifesto pilihan raya ke-12?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peraturan dan cara-cara pelaksanaan tabung tersebut disalurkan di peringkat daerah dan nyatakan agensi atau jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tabung tersebut?

    Klik jawapan »

74) PROJEK PENTERNAKAN BERSEPADU KHINZIR SECARA MODEN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila perjelaskan dengan terperinci kenapa Projek Penternakan bersepadu Khinzir secara moden di Tumbuk, mendapat bantahan daripada bekas pemimpin yang kalah dalam pilihan raya 8 Mac yang lalu ?

    Klik jawapan »

  2. Sudahkah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti siapakah dalang yang memasang kain rentang anti penternakan khinzir yang berunsur hasutan di persimpangan Parit 5 Sekinchan?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan dengan terperinci bila dan berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang disalurkan bagi tujuan lawatan dan tinjauan ke pusat Penternakan Bersepadu Khinzir secara moden di Jerman dan sertakan senarai penuh ahli rombongan tersebut ?

    Klik jawapan »

75) PINJAMAN UNTUK UNISEL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Dari sumber bank bahawa Kerajaan BN telah membuat pinjaman sebanyak RM100 juta untuk pembangunan UNISEL, tetapi daripada jumlah itu hanya RM15 juta sahaja dibelanjakan untuk UNISEL. Ke manakah RM85 juta daripada pinjaman tersebut digunakan?

    Klik jawapan »

  2. Berikan secara terperinci kesemua RM100 juta dibelanjakan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah sebarang salah laku perbelanjaan yang boleh diambil tindakan undang-undang?

    Klik jawapan »

76) KEKURANGAN TEMPAT-TEMPAT BERIBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai untuk pemberian atau kelulusan tanah tempat-tempat beribadat bukan Islam

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk membantu kos pembinaan tempat-tempat ini?

    Klik jawapan »

77) GERAI UNTUK PENIAGA KECIL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Gerai -gerai berniaga yang dibina oleh PKNS untuk peniaga keeil adalah dijual dengan harga RM 58,000. Senaraikan bilangan gerai yang dibina dengan bilangan yang sudah dibeli oleh peniaga kecil ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri menetapkan harga siling yang kurang daripada RM 58,000 bagi gerai sedemikian agar ianya mampu dibeli oleh peniaga kecil ?

    Klik jawapan »

  3. Demi menambahkan pendapatan golongan berpendapatan rendah yang menduduki PPRT , apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap memulakan suatu program mengadakan gerai bergerak di bawah setiap perumahan PPRT untuk membolehkan penduduk PPRT berniaga?

    Klik jawapan »

78) DEWAN TERBIAR DI DUN KG. TUNKU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Dewan terbiar di Jalan 551/1 Kampung Tunku telah menjadi tempat penagih dadah. Adakah dewan itu akan di roboh dan apakah penyelesaian MBPJ untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Terdapat struktur yang sama di Jalan 20/24. Mengapakah MBPJ tidak merobohkan struktur itu?

    Klik jawapan »

79) HALA TUJU PEMODENAN PERTANIAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah hala tuju kerajaan negeri di dalam memodenkan sektor pertanian, perikanan dan ternakan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana perancangan kerajaan negeri membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak, dan nelayan supaya selaras dengan prinsip pemodenan pertanian?

    Klik jawapan »

80) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menentukan PST dapat memberikan perkhidmatan terbaik rakyat?

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang terlibat di tiap-tiap PBT?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan PBT kepada mereka yang tidak menjelaskan cukai yang berkaitan di PBT tersebut ?

    Klik jawapan »