Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

91) BANJIR KILAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti yang sering dilanda banjir kilat mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-Iangkah jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang membina terusan dan kolam tadahan atau tasik bagi memperbaiki sistem pengairan sungai utama bagi mencegah banjir di Negeri Selangor dan sila senaraikan lokasi-Iokasi berkenaan

    Klik jawapan »

92) PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH PANGSA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Terdapat rumah pangsa PKNS yang telah berusia lebih 30 tahun di kawasan Hulu Kelang. Adakah terdapat sebarang rancangan untuk membangunkan semula kawasan tersebut demi kebaikan pemilik asal dan generasi anak-anak mereka?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang akan ditanggung oleh pemilik dan kerajaan negeri Selangor sekiranya dibangunkan semula kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kemudahan-kemudahan seperti surau, pusat sukan, dewan dan sekolah akan ditambah di sekitar kawasan tersebut sekiranya pembangunan semula dijalankan di situ?

    Klik jawapan »

93) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos keseluruhannya dan nyatakan secara terperinci setiap perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kontraktor-kontraktor yang berkenaan berserta dengan maklumat-maklumat mereka

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan dan berapakah wang penyelenggaraan untuk sebulan

    Klik jawapan »

94) KESELAMATAN KANAK-KANAK DI TAMAN PERMAINAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan kes jenayah yang mana kanak-kanak menjadi mangsa di taman-taman permainan di seluruh negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak di taman-taman permainan di negeri Selangor khususnya selepas kes Nurin Jazlin dan Sharlinie

    Klik jawapan »

95) MASALAH TEMPAT MELETAK KENDERAAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Pengangkutan awam yang kurang baik menyebabkan keluarga menggunakan kenderaan sendiri. Di banyak estet perumahan, setiap rumah biasanya terdapat tiga atau empat kereta swasta. Di rumah tempat letak kereta tidak mencukupi menyebabkan adanya kereta-kereta terletak di sebelah jalan. Kadang-kadang kena saman oleh pihak MBPJ. Apakah langkah-Iangkah yang boleh diusahakan untuk mengatasi masalah saman ini dalam masa pendek? Untuk langkah panjang apakah langkah yang boleh dicubai?

    Klik jawapan »

  2. Kawasan perindustrian ringan. Dahulu kenderaan di zone tersebut tidak kena bayar parking. Adakah polisi ini diteruskan pada amnya? Terdapat ada kawasan yang kena bayar contohnya di kawasan 5526 (Taman Mayang Jaya). Adakah sebab zon ini dikecualikan iaitu kena bayar letak kereta?

    Klik jawapan »

96) MASALAH PENGHUNI PANGSAPURI KOS RENDAH SRI MUDA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah Block B dan C Taman Sri Muda sedang berdepan kemungkinan ancaman maut kerana siling dan bumbungnya sering jatuh di sekeliling pangsapuri, walaupun masalah ini telah diketengahkan kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Shah Alam, namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pemaju juga merangkap syarikat penyelenggara. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pihak yang cuai atau dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawab mereka bagi menjaga keselamatan penghuni setempat dan bilakah kerajaan akan bertindak kerana pihak-pihak ini sekian lama mempermainkan penduduk

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan enakmen dan undang-undang kecil manakah yang boleh digunakan pihak berkuasa tempatan dalam memaksa pihak tidak bertanggungjawab ini lebih prihatin akan kesusahan rakyat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri pada masa depan dalam menghadapi kedegilan penyelenggara bangunan ini dan sekiranya ada apakan cadangan seperti meminda peruntukan undang-undang boleh dilaksanakan segera demi melindungi dan memelihara nasib golongan berpendapatan rendah?

    Klik jawapan »

97) PERCAMBAHAN RUMAH-RUMAH URUT DAN PUSAT VIDEO GAME

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Masalah sosial ini terus membelenggu penduduk negeri ini. Walau pun masalah yang dihadapi ini telah wujud sejak dahulu lagi. Sekiranya tiada tindakan yang agresif diambil, masalah ini akan terus menghantui penduduk negeri ini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah sosial ini?

    Klik jawapan »

98) PELAKSANAAN JANJI-JANJI PILIHANRAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Di dalam manifesto pilihan raya ke 12, Pakatan Rakyat menyenaraikan janji-janji pilihan raya yang begitu hebat dan menarik hati rakyat. Di antaranya untuk memberi potongan 20% cukai taksiran, bantuan yuran tadika dan pra-sekolah, bantuan warga emas, bantuan perkahwinandan air percuma. Apakah jaminan kerajaan untuk menyempurnakan janji pilihan raya tersebut dan bila dapat dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk bantuan kewangan yang telah dilaksanakan sehingga hari ini mengikut janji manifesto tersebut?

    Klik jawapan »

99) PERTANIAN (HARGA KELAPA)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Masalah harga kelapa bukanlah masalah yang baru, walaupun harga kelapa di pasaran masih tinggi iaitu RM 1.20 hingga RM 1.50 (sebiji siap parut) namun demikian harga kelapa yang diambil dari pekebun kelapa masih di tahap rendah RM 0.20 hingga RM 0.40 sebiji (tidak termasuk upah). Keadaan ini telah menghimpit kehidupan pekebun kelapa dan pekebun kelapa berada dalam dilema. Apakah usaha kerajaan negeri di dalam menaikkan harga kelapa dari kebun dan membela nasib pekebun kelapa?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sebarang insentif yang akan diberikan oleh kerajaan negeri bagi memastikan ketidakpupusan penanaman kelapa di Selangor?

    Klik jawapan »

100) IBU TUNGGAL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilangan ibu tunggal yang terkini mengikut kaum dan umur dalam Negeri Selangor mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program yang telah dilaksanakan bagi membantu ibu tunggal negeri Selangor dua tahun yang lepas dan jumlah kos yang telah digunakan untuk program-program tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi membantu ibu tunggal selain daripada bantuan kewangan secara bulanan?

    Klik jawapan »