Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

61) ALAM SEKITAR (PROJEK PENTERNAKAN BABI)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Apakah sebab projek ternakan babi secara besar-besaran ini diberi keutamaan yang tinggi oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk dilaksanakan sebaik sahaja Pakatan Rakyat (Gabungan PKR, DAP, dan PAS) memenangi Pilihan raya Umum ke-12 di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor benar-benar serius untuk menjalankan kajian impak alam sekitar sebelum melaksanakan projek penternakan babi secara besar-besaran tersebut bagi mengelakkan kesan pencemaran ke atas alam sekitar dan bagaimanakah kajian tersebut akan dijalankan?

    Klik jawapan »

  3. Jika benar, bilakah kajian impak tersebut akan dilaksanakan dan tempoh kajian tersebut akan disiapkan serta siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian tersebut?

    Klik jawapan »

62) INTEGRITI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan pernah menjanjikan bahawa semua ahli Exco dan pegawai tinggi kerajaan akan mengumunkan harta milik dan kedudukan kewangan sebagai usaha mempertunjukkan integriti dan kebersihan. Bilakah pula agaknya kerajaan akan membuatkan pengumuman tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah ia akan dimuat ataskan ke laman web Kerajaan Negeri Selangor

    Klik jawapan »

63) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah rumah kos rendah yang dibina dari tahun 2004 hingga akhirtahun 2007 di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan berapakah jumlah projek rumah kos rendah yang terbengkalai di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

  3. Memandangkan terdapat banyak permintaan terhadap rumah kos rendah dan sederhana mutakhir ini di DUN Sekinchan, apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memenuhi permintaan tersebut ?

    Klik jawapan »

64) BANDAR ILMU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Penduduk DUN Bangi bersetuju mempromosikan DUN Bangi sebagai 'Bandar IImu' sesuai Bangi dikelilingi berpuluh universiti dan berbagai-bagai-bagai pusat penyelidikan. Dapatkah pihak berkuasa melengkapkan keperluan 'Bandar IImu' berikut : Meningkatkan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bangi kepada sebuah universiti unggul sepenuhnya?

    Klik jawapan »

  2. Mendirikan sebuah Sekolah Tahfiz Sains bertaraf Menengah di Bangi?

    Klik jawapan »

  3. Mendirikan sebuah kompleks persidangan dan bersifat serba guna di Bangi?

    Klik jawapan »

65) DEMAM DENGGI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat kajian tentang punca dan sebab peningkatan kes deman denggi di Selangor dan sila senaraikan butir-butir dan manfaat kajian tersebut

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan untuk kajian tersebut dan senaraikan pihak-pihak yang terlibat dalam kajian tersebut?

    Klik jawapan »

66) PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU12 , apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyediakan tabung permulaan RM100 bagi anak kelahiran Selangor, RM75 untuk anak yang dihantar ke nurseri , RM 50 sebulan untuk prasekolah , bantuan biasiswa, dan sebagainya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang sedang diambil untuk menyediakan peluang berniaga kepada golongan belia dan wanita muda ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan segala bentuk bantuan dan elaun disampaikan kepada rakyat Selangor yang memerlukannya tanpa diskriminasi kaum dan agama ?

    Klik jawapan »

67) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak pekerja ladang di Selangor dari tahun 2000 hingga 2007 mengikut pecahan kaum di setiap kawasan DUN?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan-rancangan yang bakal diketengahkan oleh kerajaan negeri untuk membantu mempertingkatkan taraf kehidupan golongan pekerja ladang?

    Klik jawapan »

68) PENDIDIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Sekolah Agama AI-Ansar terletak di kawasan Kampung Asahan, DUN Bukit Melawati, yang diwakafkan. Seramai 160 penuntut bersekolah di sini; 10% mereka adalah anak yatim dan 30% adalah dari fakir miskin. Sekolah ini berasrama untuk lelaki dan perempuan. Keadaan bangunan sekolah dan asrama tidak memuaskan. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menolong mereka membina satu sekolah dan asrama baru?

    Klik jawapan »

69) KILANG HARAM DAN PENCEMARAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan kilang-kilang haram yang telah dikenal pasti di negeri Selangor mengikut senarai pihak berkuasa tempatan dan operasi yang dijalankan dan apakah faktor-faktor utama kewujudan mereka sekian lama

    Klik jawapan »

  2. Terdapat kilang-kilang haram dan berlesen didakwa melepaskan asap pencemaran dan mengganggu alam sekitar serta penduduk di sekelilingnya seperti yang berlaku di Aman Perdana, Meru, apakah tindakan telah diambil bagi memastikan pencemaran dielakkan atau sekurang-kurangnya berada di tahap minimum

    Klik jawapan »

  3. Apakah program pemutihan yang telah diambil terhadap kilang-kilang haram ini dan sejauh manakah keberkesanannya? Apakah langkah seterusnya bagi memastikan masalah ini tidak berlarutan

    Klik jawapan »

70) KUARI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah lesen kuari yang telah diluluskan dalam negeri Selangor mengikut PBT, dalam dua tahun yang lepas dan sila senaraikan butir-butirnya. (nama syarikat, lokasi kuari,tempoh lesen)

  2. Berapakah jumlah hasil yang diperoleh oleh kerajaan negeri daripada penggalian kuari untuk tempoh empat tahun yang lepas mengikut PBT?

  3. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa aktiviti kuari tidak akan menggugat keselamatan awam dan merosakkan alam sekitar?