Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

121) PEMBAYARAN PREMIUM BAGI PENUKARAN PENGGUNAAN TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan negeri terhadap pemilik-pemilik tanah di kalangan syarikat yang tidak membayar premium dalam tempoh yang telah ditetapkan.

122) PUSAT PENDIDIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah universiti asing yang beroperasi secara langsung dan senarai universiti yang mengadakan program Kembar di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jenis kursus yang ditawarkan dan jumlah pelajar tempatan yang diterima. Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah universiti dan kolej yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan senaraikan jumlah pelajar asing dan tempatan yang diterima oleh universiti dan kolej tersebut mengikut pecahan kaum serta negara asal mereka?

    Klik jawapan »

123) KEDIAMAN RASMI EXCO

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah nilai pasaran kediaman-kediaman rasmi Exco Kerajaan Negeri di Seksyen 7 Shah Alam serta perkembangan terkininya?

  2. Adakah kediaman-kediaman rasmi ini akan ditukar kepada rumah pelancongan perubatan dan berapakah kepulangannya kepada kerajaan negeri?

124) KEBAJIKAN AHLI MAJLIS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah kadar elaun dan kebajikan yang disediakan kepada setiap ahli majlis mengikut PBT dalam negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor sekiranya wujud ketidaksamaan dalam kadar elaun dan kebajikan antara PBT bagi memastikan ahli majlis dapat melaksanakan tugas dengan efisien.

    Klik jawapan »

  3. Apakah rasionalnya ahli Dewan Undangan Negeri tidak dibenarkan memberi pendapat semasa mesyuarat penuh PBT?

    Klik jawapan »

125) PENCURIAN PASIR DAN BATU PASIR DI SELURUH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Pencurian pasir dan batu pasir di Negeri Selangor tidak dapat dikawal dan semakin serius. Walaupun masalah ini telah lama wujud, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Apakah sebabnya?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kerajaan tidak membuka tender kepada awam untuk mengatasi kekurangan pasir dan batu pasir di pasaran?

    Klik jawapan »

126) PUSAT PERNIAGAAN UTAMA BAGI TUMPUAN PELANCONG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan menjadikan ÒJalan Tengku KelanaÓ di Bandar Klang sebagai ÒLittle India of SelangorÓ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mengisytiharkan ÒJalan Tengku KelanaÓ sebagai ÒLittle India of SelangorÓ dan menjadikannya sebagai satu pusat pelancongan utama seperti yang terdapat di Kuala Lumpur yakni ÒPetaling StreetÓ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menubuhkan dan/atau menjadikan satu tempat khas bagi kaum Cina menjalankan perniagaan mereka seperti yang terdapat di ÒPetaling StreetÓ Kuala Lumpur untuk menarik lebih ramai pelancong ke Negeri ini?

    Klik jawapan »

127) UNISEL DAN INPENS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Langkah-langkah yang diambil untuk memperkenalkan UNISEL dan INPENS kepada masyarakat.

    Klik jawapan »

  2. Jumlah ahli akademik mengikut kelayakan, kakitangan dan penuntut di UNISEL dan INPENS

    Klik jawapan »

  3. Bajet tahunan yang diperuntukkan kepada kedua-dua institusi pengajian tersebut sejak tahun 2004.

    Klik jawapan »

128) BANGUNAN 3C di SUBANG JAYA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan kos yang telah dibelanjakan ke atas bangunan ini semenjak pembinaan (termasuk kos pembinaan) sehingga hari ini dan butir-butir kontraktor terlibat

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan orang yang menggunakan bangunan ini setiap tahun?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos penyenggaraan yang ditanggung oleh MPSJ setiap tahun?

    Klik jawapan »

129) TINGKATKAN PENDAPATAN ISI RUMAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Keadaan ekonomi Negara yang kian meruncing telah menjejaskan banyak keluarga dari segi pendapatan isi rumah berbanding tanggungan yang terpaksa dipikul. Harga barangan yang mencanak dan pendapatan yang terus statik telah membuatkan ramai yang tidak mampu melunaskan perbelanjaan harian. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat ini serta jangka masa panjang dalam menangani situasi ini?

    Klik jawapan »

130) TAMAN WARISAN, RANCANGAN BUKU HIJAU DAN TANAH RANCANGAN RANJAU & DEBOI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah Taman Warisan, di manakah lokasi-lokasinya di negeri Selangor, di bawah agensi manakah pentadbirannya dan apakah nombor-nombor gazet sekiranya lokasi-lokasi tersebut telah digazetkan.

    Klik jawapan »

  2. Sila jelaskan status dan kedudukan Rancangan Buku Hijau di mana pendudukpenduduk Kampong Klang Gate Baru telah dibenarkan meneroka tanah kerajaan satu ekar seorang sejak tahun 1976.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan status pertanian secara berkelompok di kawasan Ranjau dalam mukim Setapak dan Deboi dalam mukim Hulu Kelang dalam konteks pemberian geran kepada sebahagian peneroka dan juga dalam konteks penafian geran kepada sebahagian peneroka yang lain di atas alasan telah digazetkan sebagai Taman Warisan.

    Klik jawapan »