Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

141) PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendekatan baru yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan dasar pelupusan sisa pepejal yang dipertanggungjawabkan kepada Worldwide Holdings Berhad memandangkan tiada sebarang aktiviti kitar semula dijalankan di tapak-tapak pelupusan tersebut?

    Klik jawapan »

142) MASALAH PENGGANGGURAN SISWAZAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan butiran terperinci jumlah siswazah IPTA/IPTS yang menganggur selepas tamat pengajian dari tahun 2006 hingga bulan Jun 2008 mengikut pecahan kaum.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah bentuk insentif dan bantuan serta latihan yang disediakan oleh pihak Kerajaan kepada para siswazah yang menganggur agar mereka dapat memperoleh pekerjaan dengan secepat mungkin?

    Klik jawapan »

143) PENGURANGAN CUKAI PINTU UNTUK PREMIS BADAN KEBAJIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan cukai pintu untuk premis badan kebajikan memandangkan rumah-rumah kebajikan ini bergantung kepada sumbangan derma daripada masyarakat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh rumah-rumah kebajikan ini agar mereka dapat menikmati pengurangan cukai pintu ini.

    Klik jawapan »

144) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Berikan maklumat yang terperinci tentang kedudukan kewangan Kerajaan Negeri sehingga bulan September. Ulaskan prestasi kewangan negeri.

    Klik jawapan »

  2. Sejak program MES dilancarkan, sejauh manakah program ini mempengaruhi kedudukan kewangan negeri dan apakah langkah yang telah diambil untuk meminimumkan implikasinya ?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan maklumat terperinci tentang peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dalam tahun 2009. (jumlah, jabatan yang terima,perbandingan dengan tahun sebelum ini).

    Klik jawapan »

145) PENYALAHGUNAAN SIBER KAFE

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Penyalahgunaan siber kafe adalah semakin berleluasa. Ini telah menimbulkan masalah sosial yang semakin serius. Siber kafe tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dan membiarkan remaja-remaja bawah 18 tahun masuk ke siber kafe. Ini telah menyebabkan remaja-remaja ini menyalahgunakan siber. Adakah Kerajaan Negeri akan menimbang semula permit atau lesen yang telah diluluskan?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini, berapakah permit atau lesen yang telah diluluskan oleh PBT? Sila senaraikan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas pemilik siber kafe dan remaja-remaja bawah umur yang melanggar peraturan?

    Klik jawapan »

146) HOSPITAL KLANG / PERUBATAN (HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH Ð HTAR)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah hospital-hospital, klinik-klinik dan bidan-bidan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan di dalam Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat mana-mana hospital di dalam Negeri Selangor ini mempunyai kemudahan dan kepakaran seperti yang terdapat di ÒInstitut Jantung NegaraÓ bagi merawat penyakit berkenaan dengan lebih efisien dan cepat tanpa perlu merujuk kepada IJN?

    Klik jawapan »

  3. Berikan senarai-senarai hospital-hospital di Negeri Selangor ini yang mempunyai kemudahan, kepakaran serta teknologi terkini bagi membantu menyembuhkan dan memantau penyakit kritikal seperti Sakit Buah Pinggang (dialisis), Kanser dan Hematologi?

    Klik jawapan »

147) KEBAJIKAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang pernah diambil mengikut undang-undang terhadap pemaju yang tidak menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya. Jika tidak, sila nyatakan sebab-sebab

    Klik jawapan »

  2. Berapakah budget yang disediakan untuk golongan orang kurang upaya pada tahun 2004 hingga 2008.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan perbelanjawan untuk golongan OKU dari tahun 2004 hingga 2008 secara terperinci.

    Klik jawapan »

148) MENARA TELEKOMUNIKASI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah menara telekomunikasi yang akan dipasang di Selangor mengikut PBT dan bilakah ini akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan butir-butir seperti kos seunit menara, kos pemasangan dan kontraktor yang terlibat mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  3. Sudahkah kajian teliti dibuat mengenai kesan menara telekomunikasi terhadap kesihatan rakyat?

    Klik jawapan »

149) PEMBANGUNAN SUKAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana Kerajaan Negeri mengatasi pembangunan sukan di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kekurangan tanah untuk rekreasi dan sukan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan sukan kalangan belia?

    Klik jawapan »

150) TUNGGAKAN HASIL KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengutip atau mengurangkan tunggakan hasil kerajaan negeri yang dilaporkan melebihi setengah bilion (RM670.57 juta) pada tahun 2007

    Klik jawapan »