Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

151) PUSAT KEBUDAYAAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sudahkah pihak Kerajaan Negeri Selangor mengenal pasti lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina Selangor dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan serta tarikh dijangka siap?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Pusat Kebudayaan India Selangor akan dibina dan di manakah lokasinya?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan bagi pembinaan Pusat Kebudayaan Cina dan India dan dari manakah peruntukan itu diperolehi?

    Klik jawapan »

152) KERETA RASMI PEGAWAI-PEGAWAI ATASAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah jumlah bilangan, jenama, umur dan harga kenderaan yang dimiliki oleh kerajaan negeri untuk kegunaan rasmi pegawai-pegawai atasan kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Meminta satu senarai perbelanjaan penyelenggaraan kenderaan ini sejak digunapakai dan kerosakan yang sering dihadapi?

    Klik jawapan »

153) KOS PENYELENGGARAAN KERETA-KERETA RASMI EXCO

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini masalah kos penyelenggaraan kereta-kereta rasmi exco telah dibangkitkan. Kos penyelenggaraan untuk kereta-kereta EXCO adalah terlalu mahal. Sila senaraikan nama syarikat-syarikat bengkel kereta yang berkenaan serta butirbutirnya secara terperinci.

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak ketiga terlibat dalam kes ini? Misalnya pemberian komisen kepada pihak ketiga.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

154) DANA DAN PUSAT WARISAN (HERITAGE CENTRE)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa dana untuk rakyat jelata sekiranya berlaku sebarang malapetaka dan jika ada sila jelaskan dengan terperinci bagaimana ianya berfungsi setakat ini dan jika tiada apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mewujudkan dana tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat apa-apa perancangan atau tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan di kalangan kaum bukan Melayu dan jika sekiranya tiada apakah langkah-langkah seterusnya?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu tapak ÒNon-Malay Heritage CentreÓ di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

155) PERKHIDMATAN ALAM FLORA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Peratusan belanjawan yang diperuntukan oleh setiap PBT untuk Alam Flora setiap tahun sejak tahun 2004

    Klik jawapan »

  2. Bilangan aduan yang diterima oleh setiap PBT berkenaan dengan kualiti perkhidmatan Alam Flora. Nyatakan mengikut kategori

    Klik jawapan »

  3. Langkah-langkah yang diambil untuk menenteramkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk berhubung dengan perkhidmatan Alam Flora yang kurang memuaskan

    Klik jawapan »

156) PERLANTIKAN AHLI MAJLIS PBT (PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan pilihan raya bagi pelantikan ahli majlis PBT?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, nyatakan bila ia akan dilaksanakan dan usaha-usaha yang sedang diambil untuk melaksanakannya.

    Klik jawapan »

  3. Jika tidak, nyatakan sebab-sebab mengapa ia tidak boleh dilaksanakan.

    Klik jawapan »

157) PENCEMARAN LOMBONG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Kawasan bekas lombong seluas 114 ekar di Taman Sri Manja, PJS 3 telah diberi milik kepada 5 pemaju. Namun kos pembiayaan rawatan lombong yang tercemar tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor; 2004-2006, kos rawatan RM3.4 juta; 2007-kini, kos rawatan 4.8 juta. Mengapakah Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos rawatan sedangkan tapak adalah milik persendirian sepenuhnya?

    Klik jawapan »

  2. Adakah mana-mana pemaju yang menjadi pemilik tapak lombong tersebut membiayai kos rawatan lombong. Senaraikan nama pemaju, jumlah yang dibiayai dan tarikh pembiayaan diberi

    Klik jawapan »

  3. Apakah kaedah rawatan yang dibuat atau hanya meneutralkan gas yang keluar (hydrogen sulfide). Mengapa tidak dirawat punca sebenar masalah lombong?

    Klik jawapan »

158) BAHASA INGGERIS DAN PERKEMBANGANNYA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menggunakan Bahasa Inggeris sekali dalam seminggu di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menggalakkan lebih ramai kakitangan awam Negeri Selangor untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris memandangkan Bahasa Inggeris adalah bahasa global?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan dan menggunakan lebih banyak dokumen-dokumen rasmi di dalam Bahasa Inggeris juga selain daripada Bahasa Malaysia?

    Klik jawapan »

159) GELANGGANG BOLA KERANJANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah gelanggang bola keranjang di kawasan DUN Subang Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan butir-butir seperti kos pembinaan setiap gelanggang, nama kontraktor yang membinanya dan kos penyelenggaraan setiap tahun.

    Klik jawapan »