Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

91) PENGURUSAN SAMPAH-SARAP

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah bayaran kerajaan negeri Selangor untuk kutipan sampah bagi empat tahun yang lepas mengikut PBT dan senaraikan butir-butir kontraktor yang memprolehi kontrak mengutip sampah dalam negeri Selangor mengikut PBT. (syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai)

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kutipan sampah mengikut PBT dan senaraikan lokasi loji pembuangan sampah.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi mengendalikan jumlah buangan sampah yang semakin meningkat serta cara mengatasi masalah pembuangan sampah haram?

    Klik jawapan »

92) KILANG HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah pemilik tanah yang terlibat telah memohon untuk menukar syarat tanah di bawah seksyen 124(a)&(c) Kanun Tanah Negara bagi kilang haram di seluruh Pejabat Tanah Daerah di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah hak milik yang telah dikeluarkan notis Borang 7A mengikut seksyen 128 Kanun Tanah Negara untuk memulihkan pelanggaran syarat yang dinyatakan mengikut seksyen 125-129 Kanun Tanah Negara di seluruh Pejabat Tanah Daerah di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap pemilik yang masih enggan mengambil tindakan untuk memohon tukar syarat mereka kepada industri walaupun peluang program ÔpemutihanÕ kilang tanpa kebenaran negeri Selangor melalui PTG Selangor. Bil. 6/2006 telah dikeluarkan oleh PTG Selangor kepada semua Pentadbir Tanah Daerah di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

93) PERWAKILAN DARIPADA KAUM INDIA SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah hanya seorang sahaja wakil daripada kalangan kaum India dipilih sebagai ÒAhli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (EXCO)Ó, ini menunjukkan seolah-olah kedudukan kaum India masih tidak berubah walaupun kini Pakatan Rakyat telah mengambil alih tampuk pimpinan dan menubuhkan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Adakah seorang daripada kalangan kaum India akan dipilih sebagai Timbalan Menteri Besar dalam Negeri Selangor Darul Ehsan ini?

    Klik jawapan »

94) PENSWASTAAN PARKING

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Syarikat-syarikat yang ditawarkan projek pengurusan tempat letak kereta di negeri Selangor. Sila senaraikan nama syarikat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dan jumlah kontrak setiap syarikat setiap tahun sejak tahun 2004.

    Klik jawapan »

  2. Jumlah hasil pengutipan tempat letak kereta oleh setiap PBT setiap tahun dari tahun 2004

    Klik jawapan »

  3. Pihak manakah yang menanggung kos pegawai kompaun dan mahkamah?

    Klik jawapan »

95) PENGURUSAN AGAMA-AGAMA SELAIN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Sehingga tahun 2006 terdapat sebanyak 810 buah kuil, 1,111 buah tokong dan 27 buah gereja di seluruh negeri Selangor. Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi tujuan baik pulih bangunan keagamaan bukan Islam pula hanya berjumlah kurang dari RM3 juta. Apakah rancangan kerajaan dalam melancar serta menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran agama-agama selain Islam di negeri Selangor?

  2. Apakah rancangan dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk menambah peruntukan kewangan dalam membangunkan mahupun membaik pulih bangunan keagamaan bukan Islam di seluruh negeri Selangor?

  3. Apakah status pendudukan atau pemilikan tanah rumah-rumah ibadat selain agama Islam di kawasan Hulu Kelang?

96) MASALAH PENGHUNI PANGSAPURI ADORRA SRI MUDA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Penghuni Pangsapuri Adorra Taman Sri Muda sedang berdepan kemungkinan ancaman maut kerana ceiling dan bumbungnya sering jatuh di sekeliling pangsapuri, walaupun masalah ini telah diketengahkan kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Shah Alam, namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pemaju juga merangkap syarikat penyelenggara. Pada 24hb Ogos 2008 kejadian runtuhan bumbung dan struktur berlaku lagi semasa hujan lebat. Walaupun syarikat ini mempunyai banyak projek lain, mereka seperti lepas tangan akan tanggungjawab mereka dalam penyelenggaraan di pangsapuri ini. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pihak yang cuai atau sengaja tidak menjalankan tanggungjawab bagi menjaga keselamatan penghuni setempat.

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri seperti meminda peruntukan undang-undang untuk membendung sikap degil pemaju seumpama ini berulang, dan apakah oleh kerana rumah ini milik golongan berpendapatan rendah? PBT kelihatan tidak berkuasa ke atas pemaju degil ini

    Klik jawapan »

97) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang bagi projek pembangunan perumahan yang baru mesti dikenakan syarat menyediakan kawasan riadah dan juga kawasan hijau dalam usaha mewujudkan Ógreen lungÓ.

    Klik jawapan »

98) LESEN BESI LUSUH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan lesen besi lusuh yang dikeluarkan oleh semua PBT di Negeri Selangor dari tahun 2005 hingga 2008?

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca utama yang menyebabkan bilangan lesen yang dikeluarkan oleh semua PBT berkurangan sejak tahun 2007?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan dengan jelas apakah dasar Kerajaan baru Pakatan Rakyat terhadap perkembangan industri besi lusuh ini dan nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi?

    Klik jawapan »

99) PENINGKATAN KES DENGGI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Peningkatan kes denggi dan jumlah kematian di Selangor ketika ini adalah amat membimbangkan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD dalam menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Ada sesetengah pihak yang meminta bayaran dan setengahnya pula tidak bagi khidmat penyemburan nyamuk sedangkan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk khidmat ini. Mengapakah terjadinya sedemikian?

    Klik jawapan »

100) LATIHAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI OLEH BTN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk terus menghantar kakitangan-kakitangan awam Kerajaan Negeri ke Biro Tatanegara (BTN) untuk menerima latihan dan kursus yang mempunyai unsur-unsur perkauman dan tidak selari dengan dasar CAT Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »