Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

31) INFORMASI MENGENAI BAJET NEGERI SELANGOR UNTUK 5 TAHUN YANG LEPAS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan secara terperinci kedudukan kewangan tahun semasa/terkini dan untuk 5 tahun yang lepas bagi negeri Selangor berdasarkan tajuk-tajuk am seperti berikut :- i) Lembaran imbangan dan hasil dan perbelanjaan dengan jadual-jadual sokongan ii) Akaun untung rugi dan aliran wang iii) Pecahan bagi struktur perbelanjaan, struktur hasil dan lembaran imbangan iv) Kawasan-kawasan utama perbelanjaan mengikut aktiviti v) Kawasan-kawasan utama hasil mengikut aktiviti vi) Kawasan-kawasan utama kerugian

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kehilangan/kerugian bagi tempoh 5 tahun yang lepas?

  3. Sila senaraikan nama-nama dan aktiviti-aktiviti GLC/anak syarikat kerajaan utama di dalam negeri dan kedudukan kewangan anak syarikat-anak-syarikat tersebut bagi tempoh 5 tahun yang lepas sehingga kini?

32) PENGELUARAN SURATAN HAK MILIK TANAH DI KAMPUNG BARU, BROGA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapa lamakah jangkamasa yang diambil oleh Pejabat Tanah untuk pengeluaran suratan hak milik sementara sesuatu tanah yang diberi milik oleh Kerajaan Negeri dari tarikh pembayaran premium dan bayaran ukuran disempurnakan

    Klik jawapan »

  2. Apakah status surat hak milik sementara tanah di Kampung Baru, Broga dan bilakah suratan hak milik tanah tersebut dikeluarkan

    Klik jawapan »

33) PENCEROBOHAN HUTAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis


  1. Umum memaklumi sebahagian daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang menghadapi masalah pencerobohan hutan dan penerokaan tanah yang telah berlarutan sekian lama. Berapakah jumlah sebenar keluasan kawasan penerokaan yang terlibat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan hak milik kepada kawasan-kawasan yang diterokai?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bentuk tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap peneroka sekiranya hak milik tidak diberikan?

    Klik jawapan »

34) TAPAK PERKUBURAN CINA SEPANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Urusan permohonan tapak baru perkuburan Cina Sepang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang lepas. Apakah perkembangan terkini?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah tapak ini boleh diguna pakai?

    Klik jawapan »

35) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba Negeri Selangor di luar negara?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah perdagangan yang dikenal pasti di dalam industri herba ke luar negara di Negeri Selangor bagi 3 tahun yang lepas?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah kerajaan akan membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di luar negara?

36) PRESTASI KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Sila jelaskan dengan terperinci prestasi kewangan 12 Pihak Berkuasa Tempatan sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu.

    Klik jawapan »

37) PUSAT SIBER KAFE

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan jumlah siber kafe yang berlesen dan beroperasi di Negeri Selangor mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kriteria-kriteria yang dikenakan kepada para pengusaha siber kafe dan adakah ia dihadkan pemberian jumlah lesen?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini bagaimanakah kerja-kerja pemantauan yang dijalankan oleh pihak PBT terhadap pusat siber kafe dan nyatakan apakah kesan sampingan terhadap masyarakat setempat?

    Klik jawapan »

38) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Badan Pengurusan Bersama atau ÒJoint Management BodyÓ (JMB) telah dilaksanakan oleh sesetengah pemaju tetapi kurang mendapat sambutan kerana pelbagai masalah sama ada dari penduduk ataupun pemaju. Setakat ini, berapakah jumlah JMB yang telah berjaya ditubuhkan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pula JMB yang cuba ditubuhkan tetapi tidak berjaya mencapai matlamatnya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan JMB ini?

    Klik jawapan »

39) PELABURAN ASING

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak pelaburan (asing dan domestik) yang berjaya ditarik oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini dan meminta satu senarai pelaburan-pelaburan ini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah sasaran Kerajaan Negeri untuk tahun 2009 dan rancangan serta program Kerajaan Negeri untuk mencapai angka ini?

    Klik jawapan »

40) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan maklumat terperinci PBT yang mengalami defisit dalam Belanjawan 2007 dan 2008 (jumlah hasil, jumlah kos, jumlah defisit, punca defisit) dan apakah langkahlangkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi keadaan defisit belanjawan PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah polisi kerajaan dalam penilaian keberkesanan PBT dan apakah langkah yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan PBT. Ulaskan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah kerajaan untuk memulihkan pilihan raya tempatan? Ulaskan

    Klik jawapan »