Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

71) SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA & TAMIL

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina & Tamil adalah amat berkurangan sehingga sesebuah sekolah itu terpaksa menampung jumlah murid yang terlalu ramai hingga menyebabkan sistem pembelajaran menjadi kurang selesa. Berapakah jumlah murid di kedua-dua sekolah tersebut di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan lebih banyak tapak simpanan untuk membina sekolah ini?

    Klik jawapan »

72) PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai aduan yang diterima oleh kerajaan negeri terhadap kes pencemaran oleh kilang-kilang di Selangor dan apakah tindakan terkini yang telah dilakukan terhadap kilang-kilang ini dengan memberi butirannya

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan terkini terhadap aduan pencemaran udara Kilang Batu Bata LDV (Kerling) Sdn. Bhd., Lot 242, Jalam Air Panas, Kampung Baru Kerling, 44100 Hulu Selangor memandangkan kilang ini masih beroperasi biarpun banyak aduan dibuat oleh penduduk-penduduk kampung.

    Klik jawapan »

73) PEMBINAAN HYPERMARKET

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dalam kelulusan pembinaan hypermarket dalam sesuatu kawasan dan syarat-syarat yang dikenakan untuk meluluskan pembinaan hypermarket dalam sesebuah kawasan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan perniagaan setempat tidak akan terjejas dengan pembinaan hypermarket?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan butir-butir terperinci hypermarket yang sedia ada dan telah diluluskan mengikut PBT (lokasi, tempoh lesen)

    Klik jawapan »

74) INDUSTRI PELANCONGAN DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapa destinasi pelancongan yang bukan diperkembangkan dan di peruntukan oleh Kerajaan Selangor? Berikan senarai penuh destinasi-destinasi

    Klik jawapan »

  2. Bajet tahunan yang diperuntukkan kepada projek pelancongan Selangor sejak tahun 2004

    Klik jawapan »

  3. Jumlah pendapatan tahunan untuk mempromosi industri pelancongan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

75) KOMUNITI BERPAGAR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membuat dasar yang lebih mantap mengenai komuniti berpagar?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Kerajaan Negeri akan membuat enakmen atau garis panduan yang lebih jelas dan mantap untuk mengawal komuniti berpagar?

    Klik jawapan »

76) MASALAH KEBERSIHAN DI BANGI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Masalah kebersihan di kawasan DUN Bangi amat ketara dan rakyat tidak berpuas hati dengan tahap pembersihan di DUN tersebut. Apakah masalah di MPKj yang menyebabkan prestasi kebersihan tersebut menurun?

    Klik jawapan »

  2. Beri nama kontraktor-kontraktor yang mengendalikan kebersihan di DUN Bangi.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil bagi mempertingkatkan prestasi kerbersihan di kawasan DUN ini.

    Klik jawapan »

77) BANJIR KILAT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan kawasan-kawasan di bawah daerah Petaling yang dikenal pasti sebagai kawasan banjir kilat.

    Klik jawapan »

  2. Adakah peruntukan kewangan yang dibajetkan untuk tahun 2008/09 bagi skim-skim tebatan banjir dalam negeri untuk kawasan-kawasan ini dan berapa banyak?

    Klik jawapan »

  3. Kawasan-kawasan yang manakah telah diperuntukkan kewangan sebegini dan berapa banyak?

    Klik jawapan »

78) KEKURANGAN BEKALAN PASIR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Kekurangan bekalan pasir di Negeri Selangor telah menjadi masalah kepada projekprojek pembangunan. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Apa perkembangan masalah ini di Daerah Sepang?

    Klik jawapan »

79) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah perkampungan Orang Asli dan keturunannya yang masih wujud di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah perkampungan Orang Asli yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan ataupun komersial dari tahun 2004 hingga 2007 ? Sila berikan butir-butir

  3. Apakah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat Orang Asli dari terus terpinggir oleh arus pembangunan moden ?

80) PENTADBIRAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai bilangan tenaga manusia yang berkhidmat di setiap pejabat tanah dan daerah mengikut pangkat dan pengalaman dalam pengurusan hal ehwal tanah bersertakan jumlah kutipan cukai tanah tahunan setiap pejabat daerah ini pada tahun 2007

    Klik jawapan »