Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

91) LAWATAN KE SEKOLAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh wakil rakyat dan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri dalam usaha melawat sekolah, pengambilan tindakan terhadap laporanlaporan yang dibuat oleh orang ramai mengenai sekolah, siasatan dan penyelidikan mengenai sekolah, tahap pendidikan dan kebajikan para pelajar? Sila berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

92) GERAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Setiap tahun kerajaan Persekutuan memberi geran kepada Kerajaan Negeri seperti geran jalan raya, perkapita penduduk dan pembangunan. Berapakah peruntukan geran Kerajaan Persekutuan yang diberi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sebarang pengurangan peruntukan bagi kerajaan Selangor sejak di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat

    Klik jawapan »

  3. Beri perbezaan antara geran yang diberi kepada kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2007 berbanding dengan 2008 di atas.

    Klik jawapan »

93) KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk memberi perhatian terhadap masalah tempat letak kereta di kawasan membeli-belah dan bangunan bertingkat seperti pangsapuri-pangsapuri serta kondominium-kondominium?

  2. Hasil yang patut diperolehi oleh kerajaan tempatan terhilang dengan menswastakan konsesi tempat letak kereta di dalam negeri. Bilakah situasi ini akan dibalikkan supaya kerajaan mendapat balik hasil yang hilang?

  3. Syarikat-syarikat manakah yang kini memegang hak untuk pungut bayaran letak kereta di dalam negeri? Sila senaraikan.

94) GERAN INDIVIDU KEPADA PEMBELI RUMAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Adalah bahawa terdapat projek perumahan yang masih gagal memberi geran individu kepada pembeli-pembeli. Apa langkah Kerajaan Negeri dalam membantu para pembeli untuk memperolehi geran individu?

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju perumahan yang gagal membekalkan geran individu kepada para pembeli?

95) DRAF RANCANGAN TEMPATAN PETALING JAYA 2

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bantahan yang telah diterima daripada bantahan awam terhadap Draf RTPJ2?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perkembangan terbaru terhadap Draf Rancangan ini memandangkan proses bantahan awam telah dijalankan dan penduduk-penduduk sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

96) PENCEMARAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan butir-butir terperinci kilang-kilang haram yang menyebabkan pencemaran mengikut PBT. (nama kilang, jenis perniagaan, lokasi, jenis pencemaran)

    Klik jawapan »

  2. Apakah polisi Kerajaan Negeri dalam menangani masalah pencemaran oleh kilangkilang haram, terutamanya kilang-kilang haram yang berdekatan dengan kawasan perumahan?

    Klik jawapan »

97) KELAYAKAN KAKITANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Mengikut sijil kelayakan yang ada dari setiap PBT, berapakah kakitangan di setiap PBT berupaya berkomunikasi dengan Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, atau Kantonis?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana PBT mengatasi masalah komunikasi jika pengadu tidak fasih dalam Bahasa Melayu

    Klik jawapan »

98) BANDAR SUNWAY

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha-usaha yang telah dibuat dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan Bandar Sunway sebagai tempat pelancongan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pelawat dalam negeri dan negara yang melawati tempat menarik di Bandar Sunway seperti Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid setiap tahun? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

99) NASIB BEKAS PEKERJA ESTET

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Di Bangi terdapat komuniti India bekas pekerja Estet. Nasib mereka tidak terbela. Mengapa mereka terbiar dan tidak terbela?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan majikan/bekas majikan selama ini terhadap mereka

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan jangka panjang kerajaan untuk kebajikan mereka.

    Klik jawapan »

100) PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Kedudukan, fungsi dan proses membuat keputusan oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah mengapung di antara lembaga perumahan dan pihak berkuasa tempatan dengan arah yang tidak tertentu dan adalah tidak diketahui siapa yang akan kawal fungsi pesuruhjaya bangunan (COB) pada akhirnya. Apakah situasi terkini dan bagaimanakah perkara-perkara dasar yang berkenaan dengan pesuruhjaya bangunan (COB) akan diputuskan? Oleh lembaga perumahan atau pihak berkuasa tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kedudukan pesuruhjaya bangunan (COB) di setiap daerah diwartakan dan bila?

    Klik jawapan »