Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

101) SKIM PEDULI SIHAT DAN KISS

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kriteria penerima skim KISS terkini kerana ada yang sudah tidak layak masih menerima skim tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagi penerima skim Peduli Sihat yang dibatalkan, kemanakah baki yang masih tidak digunakan tersebut dimasukkan dan berapakah jumlahnya?

    Klik jawapan »

102) PELANGGARAN PKP KETIKA MENGHADAPI WABAK COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kes-kes pelanggaran peraturan yang berlaku sepanjang PKP di kalangan? (a) Orang awam (b) Wargakerja Kerajaan Negeri dan PBT (c) Pelajar-pelajar sekolah dan IPT di Selangor

    Klik jawapan »

103) TINDAKAN TERHADAP PENCEMARAN SUMBER AIR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Dalam masalah gangguan bekalan air yang disebabkan oleh pencemaran, sudahkah Kerajaan mendapat bukti sama ada ianya berlaku disebabkan kecuaian, tidak mengikut SOP, kurang latihan dari segi operasi ataupun perbuatan khianat?

104) PROJEK PEMBENTUNGAN DI HULU KELANG

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berkenaan dengan projek ini, adakah Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan siasatan terhadap tindakan yang dilihat oleh beberapa pihak sebagai sabotaj dan menyusahkan rakyat agar mereka membenci Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

105) TANDA DIRAIKAN KEPERCAYAAN AGAMA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah peraturan yang telah diwujudkan bagi membolehkan penganut agama Buddha merasakan yang mereka diraikan seperti meletakkan tokong mini di tepi jalan, di simpang, di tepi sungai, dan di kawasan lapang yang tidak terpakai?

    Klik jawapan »

106) TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PIHAK YANG MENCEMARKAN SUNGAI

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah penguatkuasaan dan pengeluaran kompaun yang telah dirangka oleh semua PBT bagi memastikan bengkel-bengkel, kilang-kilang tidak mengalirkan sisa minyak pelincir dan minyak-minyak ke sungai?

    Klik jawapan »

107) KES DENGGI SEPANJANG PKP COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan statistik kes-kes denggi yang berlaku sepanjang tempoh PKP Covid-19 sehingga kini dan apakah tindakan khas Kerajaan bagi terus memberi perhatian kepada usaha pengawalan kes denggi di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

108) PELAN TEKNOLOGI DIGITAL UNTUK PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pelan ekonomi digital bagi membantu usahawan dan industri kecil sederhana untuk memanfaatkan teknologi digital berikutan kesan Covid-19 kepada perusahaan dan perniagaan di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

109) PROSEDUR OPERASI SEKOLAH DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGHADAPI KES COVID-19 SEMASA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan mempunyai prosedur khusus bagi operasi sekolah-sekolah di bawah Kerajaan Negeri khususnya Sekolah Agama Rakyat bagi menghadapi peningkatan kes Covid-19 semasa?

    Klik jawapan »

110) APLIKASI SELANGKAH

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis


  1. Adakah maklumat pintar yang diperolehi daripada aplikasi SELangkah berkesan dalam mengidentifikasi pesakit Covid-19 yang telah mengunjungi premis di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah penggunaan aplikasi SELangkah membantu Kerajaan Negeri mengawal penularan wabak Covid-19?

    Klik jawapan »

  3. Adakah sistem SELangkah telah dilengkapi dengan pengesanan kontak (contact tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri?

    Klik jawapan »