Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

101) STATUS TERKINI TAPAK PEMINDAHAN BARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Pegawai Daerah Gombak telah menghantar cadangan pelan tanah yang telah diluluskan kepada MPAJ. YDP MPAJ mengatakan mereka akan berusaha untuk mencari dana. Adakah kerajaan Negeri akan membantu mengeluarkan perbelanjaan bagi pembinaan kedai ganti berkenaan?

    Klik jawapan »

102) MENAIKTARAF MEDAN SELERA AU2C DAN MELAWATI BANDAR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Pihak MPAJ telah mengesahkan telah menerima permintaan daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkenaan cadangan menaiktaraf dua medan selera tersebut. Bilakah pelaksanaan projek tersebut akan bermula dan dijangka selesai?

    Klik jawapan »

103) MERCU TANDA KOMUNITI INDIA MUSLIM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Delegasi masyarakat India Muslim telah bertemu dengan Dato Menteri Besar pada tahun 2013 dan memohon sebidang tanah di Selangor untuk didirikan sebuah dewan serbaguna serta bantuan geran tahunan dan dana sokongan. Apakah status permohonan tersebut?

104) TINDAKAN JABATAN KASTAM SELANGOR MENARIK BALIK NOTIS BAYARAN CUKAI DARIPADA CARLSBERG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Tindakan Kerajaan Persekutuan tidak dipertanggungjawabkan ke atas Kerajaan Negeri. Namun apabila dilaporkan dalam The Edge bahawa Jabatan Kastam Selangor telah membatalkan notis tuntuan cukai berjumlah RM20.65 juta, ia telah menimbulkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Selangor. Sila beri pencerahan.

    Klik jawapan »

105) TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PIHAK YANG MENCEMAR SUMBER AIR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah kompaun dan tindakan penguatkuasaan yang telah dikenakan sepanjang tahun 2019 terhadap pihak yang melepaskan sisa kimia dan bahan pencemaran terhadap sumber air di Selangor.

    Klik jawapan »

106) PENYAKIT KENCING TIKUS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kes-kes yang berlaku di seluruh Selangor.

    Klik jawapan »

107) CORONAVIRUS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kes-kes yang sudah ada tanda-tanda awalnya di Selangor.

    Klik jawapan »

108) RAWATAN HERBA SECARA TRADISI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat amalan rawatan herba secara warisan yang mempunyai testimoni kejayaan. Namun terputusnya waris yang mengamalkannya menyebabkan pengetahuan tentangnya juga hilang. Apakah rancangan kerajaan dalam membantu industri kecil ini dengan ujian, penyelidikan, bantuan kewangan dan pemasaran?

    Klik jawapan »

109) KES KEKASARAN MELIBATKAN PENGUATKUASA PBT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kes-kes kekasaran yang melibatkan penguatkuasa PBT dengan orang awam mengikut PBT sepanjang tahun 2018 dan 2019. Apakah perancangan PBT dalam menghadapi kes-kes sedemikian dan mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku?

    Klik jawapan »

110) HERBA KUNYIT HITAM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. MARDI telah membuat penyelidikan dan mengeluarkan produk kapsul herba tersebut. Terbukti khasiatnya mujarab namun harganya juga tinggi. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu penanaman kunyit hitam secara komersial bagi menambah pendapatan rakyat?

    Klik jawapan »