Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

61) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU DI KAWASAN DUN TANJONG SEPAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan merancang untuk membangunkan projek rumah mampu milik Rumah Selangorku di kawasan DUN Tanjong Sepat?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya perancangan telah bermula, apakah maklumat berkenaan projek Rumah Selangorku dan anggaran bila projek tersebut akan siap?

    Klik jawapan »

62) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah sampingan (kacau ganggu, trafik dll) yang dibawa akibat pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?

    Klik jawapan »

63) MASALAH PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Adakah dibenarkan kepada pesawah menukar status tanah sawah kepada tanaman lain di kawasan sawah yang mengalami penurunan hasil pendapatan?

    Klik jawapan »

64) PENCEMARAN BAU DI SUMBER AIR MENTAH SUNGAI SEMENYIH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebab-sebab berlaku pencemaran bau di tempat sumber air mentah di sungai Semenyih?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memulihkan pencemaran tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan pencemaran berulang-ulang kali berlaku?

    Klik jawapan »

65) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan anggaran bilangan pelancong yang akan melawat ke Selangor pada tahun 2020.

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Selangor pada Tahun Melawat Malaysia 2020?

    Klik jawapan »

66) RANCANGAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan demi menyelesaikan masalah infrastruktur yang tidak teratur di kampung tradisi?

    Klik jawapan »

67) PASAR AWAM DUN SENTOSA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membina pasar awam di DUN Sentosa?

    Klik jawapan »

68) PENGURUSAN KRISIS AIR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan sebahagian besar insiden krisis air berlaku disebabkan oleh pencemaran sungai seperti pembuangan minyak terbiar, bahan kimia dan air pembuangan loji rawatan kumbahan yang tidak menepati piawaian. Apakah langkah yang akan diambil ?

    Klik jawapan »

69) KAWASAN STESEN KTM UKM BANGI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut


  1. Kawasan di sekitar Stesen Komuter UKM Bangi sering dilanda banjir dan mengalami kesesakan trafik dan pengguna yang padat. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah perancangan ini, sekiranya ada akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

70) GOLONGAN B40

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah keluarga dalam golongan sasar B40 yang telah berdaftar dengan E-KASIH.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan program IPR yang boleh dimohon untuk golongan B40 dan M40 selepas pensejajaran semula oleh Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »