Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
1) PUSAT SANTUARI KELIP-KELIP KG KUANTAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat kajian baharu bagi kelangsungan hidup habitat kelip-kelip di Kg Kuantan? Sila huraikan kajian dan dapatan tersebut.
-
Berapakah jumlah pelaburan bagi pemuliharaan serta konservasi habitat kelip-kelip dan pelancongan bagi menggalakkan kedatangan pelancong?
2) PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menangani perubahan iklim dan kesannya terhadap kehidupan manusia?
3) KEJAYAAN PERTANIAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Hasil tanaman padi semakin merosot akibat keadaan cuaca yang tak menentu, apakah insentif Kerajaan Negeri bagi membantu pesawah bagi meringankan beban mereka?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia membantu memberikan subsidi khas bagi melestarikan sumbangan petani dan nelayan yang dihimpit masalah ekonomi keluarga?
-
Keadaan tanah sawah sudah semakin tidak subur akibat penanaman yang berterusan, adakah Kerajaan Negeri telah mempunyai langkah bagi mengatasinya?
4) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik peluang pekerjaan yang tersedia di Selangor dari 2017-2019.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda memperoleh kerja?
-
Nyatakan peratusan kadar pengangguran di Selangor dari 2017-2019
5) PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN MASJID ATAU SURAU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur permohonan untuk pembaikan atau penyelenggaraan masjid atau surau?
-
Berapakah lama tempoh masa diperlukan untuk memproses suatu permohonan tersebut?
6) PERIKANAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah Lesen Perikanan Persisir Pantai yang menggunakan bot-bot kecil dibekukan
-
Bilakah ianya akan dibuka semula?
7) PENIAGA WARGA ASING
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membendung masalah peniaga warga asing yang menggunakan lesen warga tempatan?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu garis panduan baru bagi pemohon lesen perniagaan bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen berniaga oleh warga asing?
8) KLUSTER INDUSTRI SOKONGAN PELABUHAN DAN MARITIM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah usaha penyelarasan bidang kuasa PBT dan Pihak Berkuasa Pelabuhan dari aspek penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan asas di bawah Kluster Industri Sokongan Pelabuhan dan Maritim di Pelabuhan Klang?
9) KAD PEDULI SIHAT (KATEGORI KHAS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengekalkan kategori khas Kad Peduli Sihat?
10) ISU KEMALANGAN AKIBAT KEBAKARAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapa kes kebakaran yang berlaku mengikut daerah, kes kematian dan puncanya?
-
Apakah usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah kebakaran akibat litar pintas?
-
Apakah garis panduan dan kekerapan pemeriksaan berkala dilakukan oleh pihak berwajib terhadap kilang-kilang memproses produk beracun dan gas-gas merbahaya?