Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

31) JOM SHOPPING SMUE

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan program Jom Shopping SMUE yang telah dihentikan sebelum ini?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, bilakah pelaksanaan program ini akan dibuat?

    Klik jawapan »

32) PEMBANGUNAN PENDAPATAN SETEMPAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tiada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan sehingga begitu ramai pendatang asing menjalankan perniagaan di premis-premis majlis tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Pendatang tanpa izin menguasai hampir 60% tenaga kerja sektor pertanian. Apakah cadangan Kerajaan untuk memastikan anak muda berminat dalam sektor pertanian bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing?

    Klik jawapan »

  3. Sudah sekian lama Majlis Daerah Sabak Bernam mengalami defisit perbelanjaan. Apakah rancangan Kerajaan untuk membantu Majlis Daerah Sabak Bernam meningkatkan pendapatan?

    Klik jawapan »

33) PEMBANGUNAN KAWASAN SABAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini projek perumahan rakyat di Taman Air Manis Sabak Bernam yang dijalankan oleh PNSB dan apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan projek ini memberi nilai kepada penduduk setempat untuk diberi peluang memiliki rumah mampu milik tersebut?

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina pintu gerbang yang memisahkan antara Negeri Selangor dan Negeri Perak di kawasan Sabak?

    Klik jawapan »

  3. Kompleks Stadium Sabak Bernam mempunyai tanah yang belum dibangunkan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membangunkan sebuah kolam renang awam bagi kegunaan penduduk Sabak?

    Klik jawapan »

34) PERTANIAN KAWASAN SABAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup penduduk kampung tradisi yang bergantung hasil kepada pertanian dan komoditi seperti kelapa, kelapa sawit, dan padi? Apakah Kerajaan Negeri ada menyediakan skim bantuan pemulihan tanah sawah yang sudah berasid akibat penggunaan racun dan baja?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pengurangan hasil sawah padi akibat daripada serangan penyakit dan apakah alternatif Kerajaan bagi membantu pesawah supaya pendapatan mereka tidak terjejas akibat daripada serangan penyakit?

    Klik jawapan »

35) BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Sejauhmana keberkesanan Program Bantuan Blueprint dan Program Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) dapat memberi manfaat kepada penduduk yang memerlukan dan sehingga kini berapa orang yang telah mendapat manfaat di kawasan DUN Sabak?

    Klik jawapan »

  2. Hadiah IPT merupakan satu produk IPR yang telah dinikmati oleh warga Selangor. Tetapi insentif ini hanya kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3000 sahaja. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meluaskan pemberian insentif ini kepada semua anak Negeri Selangor yang berjaya ke IPT tanpa melalui syarat pendapatan RM3000?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam usaha menambahkan peluang pekerjaan di kalangan orang muda dalam kawasan DUN Sabak supaya golongan ini boleh membantu pembangunan di kawasan setempat?

    Klik jawapan »

36) PERBANYAKKAN PUSAT DIALISIS DI KAWASAN SABAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah perancangan Kerajaan bagi menambah pusat dialisis khususnya di Sabak Bernam berikutan penambahan mendadak pesakit yang memerlukan rawatan?

    Klik jawapan »

37) KERJA PEMBERSIHAN PARIT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Adakah perancangan Kerajaan untuk menyerahkan tugas pembersihan parit daripada MPKK kepada JPS bagi menambah baik kualiti pembersihan?

    Klik jawapan »

38) CERAMAH UNSUR POLITIK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Boleh berikan statistik berapakah bilangan penceramah yang diambil tindakan kerana menyampaikan ceramah atau kuliah mengandungi unsur politik kepartian?

    Klik jawapan »

39) JETI NELAYAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jeti nelayan yang berdaftar dan tidak berdaftar di bawah DUN Bukit Melawati dengan kapasiti penggunaan nelayan mengikut jeti masing-masing.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf semua jeti nelayan tersebut demi keselamatan para nelayan serta potensi pelancongan di Daerah Kuala Selangor?

    Klik jawapan »

40) MENANGANI GEJALA SOSIAL

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk menangani gejala sosial khususnya di kawasan bandar?

  2. Apakah terdapat kajian pembangunan insan dan sosial bagi mengukuhkan institusi masyarakat dan keluarga di Negeri ini?

  3. Apakah terdapat peruntukan khas bagi pengusaha persendirian dan NGO bagi membantu menangani isu ini? Berapakah jumlahnya?