Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
1) PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah keberkesanan pengurusan sisa pepejal selepas dikendalikan oleh KDEBWM.
-
Sila nyatakan apakah kekangan utama yang dihadapi oleh KDEBWM
-
Sila huraikan apakah perancangan secara holistik dan jangka panjang demi memastikan pengurusan sisa pepejal mencapai hasrat Kerajaan Negeri
2) KEROSAKAN JALAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dan usaha Kerajaan Negeri bagi mengatasi kerosakan teruk yang sering berlaku di jalan antara Sungai Panjang melalui Bagan Terap sehingga Kampung Sepintas?
3) BANDAR WARISAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sejarah dan warisan setempat bandar-bandar seperti Kajang, Klang, Ampang, Batu Arang dan sebagainya?
-
Bagaimana untuk menarik golongan muda dan pelajar melakukan Ôfield tripÕ atau beriadah di sana?
4) UNISEL
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan UNISEL serta penyata untung rugi bagi tahun 2014- 2016?
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar yang menggunakan Sijil UEC bagi tahun 2016 sehingga kini?
5) KADAR FAEDAH PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah kelebihan program Hijrah yang mengenakan bayaran faedah sebanyak 8% berbanding dengan pinjaman-pinjaman untuk sektor IKS/SME yang ditawarkan oleh bank-bank komersial yang mengenakan faedah sekitar 4~5% dengan kemudahan reducing rate?
6) KEMISKINAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah permohonan bantuan Blueprint telah diluluskan untuk tahun 2014, 2015 dan 2016?
-
Apakah mekanisma kerajaan bagi menentukan penerima bantuan blueprint berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing?
-
Berapakah jumlah wang kerajaan yang telah dibelanjakan untuk tahun 2014, 2015 dan 2016 berbanding penerima?
7) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Rumah Selangorku yang sedang dalam pembinaan?
-
Berapakah jumlah Rumah Selangorku yang telah siap dibina?
-
Berapakah jumlah Rumah Selangorku yang telah diserahkan kunci kepada pemilik?
8) PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembangunan luar bandar yang lebih dinamik dan tersusun?
-
Senaraikan projek Kerajaan Negeri yang bernilai lebih RM10 juta di kawasan luas bandar pada tahun 2016
9) PERSIAPAN SEA GAME
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan infrastruktur sukan di Selangor yang akan digunakan untuk SEA Game.
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran SEA Game?
-
Berapakah atlet Selangor yang akan mewakili Malaysia dalam SEA Game?
10) PENCAPAIAN PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai inventori lengkap mengenai kilang haram sama ada di kawasan perbandaran mahupun kampung di seluruh negeri?
-
Siapakah yang terlibat dalam memberi input data kepada Kerajaan Negeri?
-
Adakah pasukan khas untuk memantau dan mengambil tindakan?