Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

181) LEBUHRAYA BARU DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Bagi lebuhraya-lebuhraya yang diluluskan sejak tahun 2008, apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk memastikan keuntungan pihak konsesi tidak berlebihan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri mensyaratkan had tempoh konsesi mengutip bayaran tol?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri mengutip cukai pintu untuk lebuhraya?

    Klik jawapan »

182) PELAN TELEKOMUNIKASI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis panduan yang jelas berkaitan menara telekomunikasi di negeri ini?

    Klik jawapan »

183) SMART SELANGOR SMART CITIES

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk perancangan yang boleh mendidik masyarakat awam untuk menjadi Smart Citizen dalam pembangunan infrastruktur Smart Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan dan penjimatan kos yang diperoleh daripada pembangunan Smart Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini apakah tahap kejayaan yang telah dicapai Smart Selangor?

    Klik jawapan »

184) BIASISWA MENTERI BESAR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah penerima biasiswa menteri besar dari 2014-2016 serta nilainya.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah pemohon yang ditolak dari menerima biasiswa menteri besar dari 2014-2016.

    Klik jawapan »

185) PENGUKURAN SEMULA DAN PEWARTAAN SEMPADAN KAWASAN ORANG ASLI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Status terkini kerja-kerja pengukuran dan pewartaan sempadan kawasan Kampung Orang Asli di Selangor.

  2. Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan keluasan tanah Orang Asli yang diwartakan adalah cukup untuk menjana sumber ekonomi Orang Asli

186) KERJA-KERJA PEMBAIKPULIHAN JAMBATAN DI JALAN JURUTERA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah kerja-kerja pembaikpulihan jambatan di Jalan Jurutera yang runtuh dipercepatkan?

    Klik jawapan »

187) SEKRETARIAT TASK FORCE FELDA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Task Force Felda, membantu peneroka yang terbeban dengan skim pelaburan FGV yang gagal?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi peneroka-peneroka Felda di Selangor?

188) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH (RPKR)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan negeri mempunyai peruntukan tetap untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau pembaikan kerosakan Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR)?

    Klik jawapan »

  2. Beberapa RPKR di DUN Semenyih berkeadaan tidak terurus kerana JMB gagal berfungsi atau tidak mempunyai dana untuk menyelenggara. Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan?

    Klik jawapan »

189) METER AIR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah berlakunya masalah jumlah penggunaan air bagi meter pukal tidak sama dengan jumlah keseluruhan penggunaan air bagi meter individu di pangsapuri-pangsapuri walaupun tanpa kebocoran?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang seharusnya menanggung bil tambahan akibat perbezaan penggunaan air antara meter pukal dan meter individu?

    Klik jawapan »

190) GAJI PENYELIA PWB, KPMI SERTA GURU-GURU TUISYEN RAKYAT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah gaji penyelia PWB, KPMI serta Guru-guru tuisyen rakyat tidak diselaraskan tarikh pembayaran mengikut gaji kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »