Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

V

Seksyen

17

Tajuk

Penerimaan Dan Penolakan Wasiat.
17 [1]

Sesuatu wasiat hendaklah berkuat kuasa apabila diterima oleh benefisiari sama ada secara nyata atau tersirat, selepas kematian pewasiat.

17 [2]

Jika seseorang benefisiari ialah seorang kanak-kanak yang belum cukup umur menurut Hukum Syarak, atau orang yang ditegah dari menguruskan hartanya, penerimaannya atau penolakannya hendaklah disempurnakan oleh wali hartanya.

17 [3]

Jika seseorang benefisiari ialah janin, penerimaannya atau penolakannya ;hendaklah disempurnakan oleh wali hartanya:

Dengan syarat janin itu hendaklah dilahirkan hidup.

17 [4]

Jika benefisiari ialah suatu badan yang diperbadankan, penerimaannya dan penolakannya hendaklah dibuat oleh wakil sah badan yang diperbadankan tersebut.

17 [5]

Jika wasiat itu telah dibuat kepada kumpulan orang yang ticiak diperbadankan, penerimaannya dan penolakannya adalah tidak diperlukan dan wasiat itu hendaklah dibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga orang dari kumpulan orang

Jika seseorang benefisiari mati sebelum dia sempat menerima atau menolak wasiat, waris-warisnya hendaklah menentukan sama ada hendak menerima atau menolak wasiat tersebut.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.