Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

VII

Seksyen

26

Tajuk

Wasiat Kepada Waris Dan Bukan Waris.
26 [1]

Jika sesuatu wasiat dibuat kepada seseorang yang bukan waris atas kadar yang tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka pewasiat selepas diselesaikan segala hutangnya, wasiat tersebut hendaklah berkuat kuasa tanpa perlu mendapat apa-apa persetujuan waris-warisnya.

26 [2]

Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris­ warisnya selepas kematian pewasiat.

26 [3]

Sesuatu wasiat yang dibuat oleh orang yang berhutang hanya akan terlaksana setakat harta pusaka yang berbaki selepas dijelaskan segala hutangya.

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.