Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

V

Seksyen

18

Tajuk

Tempoh Penerimaan Dan Penolakan Wasiat.
18 [1]

Penerimaan dan penolakan sesuatu wasiat bolehlah  dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas seseorang benefisiari mengetahui tentang kematian pewasiat dan wujudnya wasiat tersebut:

Dengan syarat benefisiari tersebut tidak mempunyai apa-apa keuzuran yang munasabah yang. menyebabkan kelewatan penerimaan dan penolakannya terhadap wasiat itu.

18 [2]

Seseorang waris ·pewasiat boleh membuat permohonan di Mahkmah untuk mendapat satu perintah mengarahkan seseorang benefisiari menyatakan penerimaan atau penolakannya terhadap sesuatu wasiat.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.