Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

VI

Seksyen

24

Tajuk

Wasiat Kepada Anak Dalam Kandungan.
24 [1]

Sesuatu wasiat kepada anak  dalam kandungan anak dalam hendaklah sah dalam keadaan-keadaan yang berikut­—

(a) jika seseorang pewasiat membuat iqrar wujudnya anak dalam kandungan semasa dia membuat  wasiat itu, maka anak dalam kandungan itu mestilah dilahirkan dalam fempoh yang sab menurut Hukum Syarak; dan

(b) jika seseorang pewasiat tidak membuat apa-apa iqrar wujudnya anak dalam kandungan dan anak itu dilahfrkan hidup dalam tempoh yang  sah menurut Hukum Syarak dari masa dia membuat wasiat itu dan jika seseorang  perempuan yang mengandungkan anak tersebut sedang dalam iddah talak rajie atau dalam iddah mati atau iddah bain, maka anak dalam kandungan itu mestilah dilahirkan dalam tempoh yang sah menurut Hukum Syarak.

24 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (1) wasiat boleh dibuat kepada anak kandungan orang lain sekiranya anak dalam kandungan itu adalah anak yang sah menurut Hukum Syarak  dari keturunan orang tertentu itu.

24 [3]

Harta anak yang belum dilahirkan itu hendaklah disimpan oleh wali harta atau wasinya, mengikut mana yang berkenaan, sehingga, dilahirkan dan selepas itu harta tersebut hendaklah diserahkan kepadanya apabila dia berkelayakan untuk menerimanya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.