Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Peruntukan Am Yang Lain

Bab

3 - Darihal Proses Untuk Memaksa Kehadiran

Seksyen

33

Tajuk

Mahkamah boleh mengarahkan jaminan yang hendak diambil melalui pengendorsan di atas waran
33 [1]

Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran bagi menangkap mana-mana orang boleh, menurut budibicaranya, mengarahkan melalui pengendorsan di atas waran itu bahawa jika orang itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin yang mencukupi bagi kehadirannya di hadapan Mahkamah itu pada masa yang ditetapkan dan sesudah itu sehingga diarahkan selainnya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan itu dan hendaklah melepaskan orang itu daripada jagaan.

33 [2]

Pengendorsan itu hendaklah menyatakan—

(a) bilangan penjamin;

(b) amaun yang dengannya mereka dan orang yang bagi penangkapannya waran itu telah dikeluarkan masing-masingnya terikat; dan

(c) tempat dan masa dan tarikh dia dikehendaki hadir di hadapan Mahkamah.

33 [3]

Bilamana jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.