Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bab

2 - Darihal Rayuan kepada Makhamah Rayuan Syariah

Seksyen

166

Tajuk

Persoalan yang dikhaskan untuk Mahkamah Rayuan Syariah
166 [1]

Apabila mana-mana orang telah, dalam suatu perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan bidang kuasa asal jenayahnya, disabitkan atas suatu kesalahan, Hakim boleh, jika difikirkannya patut, mengkhaskan bagi keputusan Mahkamah Rayuan Syariah apa-apa persoalan undang-undang yang telah timbul semasa perjalanan perbicaraan orang itu dan yang penentuannya akan menyentuh keputusan perbicaraan itu.

166 [2]

Orang yang disabitkan sedemikian hendaklah sesudah itu ditahan dipenjara atau, jika difikirkan patut oleh Hakim, dibenarkan mengikat jamin.

166 [3]

Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mengkaji semula kes itu, atau mana-mana bahagiannya sebagaimana yang perlu, dan menentukan persoalan itu dengan muktamad, dan sesudah itu boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan dan menjatuhkan apa-apa hukuman atau memberikan atau membuat apa-apa penghakiman atau perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah Rayuan Syariah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.