Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bab

1 - Darihal Rayuan Kepada Makhamah Tinggi Syariah

Seksyen

147

Tajuk

Perintah untuk mengambil keterangan lanjut
147 [1]

Dalam menguruskan apa-apa rayuan di bawah Bab ini, Mahkamah Tinggi Syariah, jika difikirkannya bahawa keterangan tambahan adalah perlu, boleh sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan supaya keterangan itu diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah.

147 [2]

Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah, ia hendaklah memaklumkan keterangan itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah yang sesudah itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, menyelesaikan rayuan itu.

147 [3]

Melainkan jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan selainnya, tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan itu diambil.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.