Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Peruntukan Am Yang Lain

Bab

4 - Darihal Proses Untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Yang Lain dan Bagi Penemuan Orang Yang Dikurung Dengan Salah

Seksyen

48

Tajuk

Menggeledah untuk mencari orang yang dikurung dengan salah
48

Jika mana-mana Hakim mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang dikurung dalam apa-apa hal keadaan yang menjadikan pengurungan itu suatu kesalahan, dia boleh mengeluarkan waran geledah, dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh mencari orang yang dikurung itu; pencarian itu hendaklah dibuat mengikut waran itu dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan seorang Hakim yang hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut
mengikut hal keadaan kes itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.