Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV - Maklumat Kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Kuasa Mereka Untuk Menyiasat

Seksyen

60

Tajuk

Pernyataan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama tidak boleh diterima sebagai keterangan
60 [1]

Tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, digunakan sebagai keterangan.

60 [2]

Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwa atau pihak pembela, selain daripada tertuduh, Mahkamah hendaklah atas permintaan tertuduh atau Pendakwa Syarie merujuk kepada apa-apa pernyataan yang telah dibuat oleh saksi itu kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, dan boleh kemudiannya, jika difikirkan oleh Mahkamah suaimanfaat demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinannya, dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu.

60 [3]

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubungan dengan pernyataan palsu yang dibuat olehnya kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, maka pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendakwaan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.