Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
35) PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah rasionalnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan DUN yang dimenangi Barisan Nasional?
-
Berapakah jumlah wang yang digunakan untuk Pusat Khidmat Masyarakat dan daripada mana dana diperolehi?
-
Adakah penggunaan wang untuk program tertentu yang hampir sama dengan program disediakan wakil rakyat kawasan merupakan satu pembaziran wang rakyat?
36) PENGURUSAN JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan persekutuan untuk pembinaan dan pengurusan jalan setiap PBT di Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009?
-
Bagaimanakah pengiraan peruntukan jalan setiap PBT dan berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk tahun 2007 dan 2008?
-
Apakah rancangan dan peruntukan untuk menaik taraf jalan di kampung tradisi?
37) PENGEDARAN DAN PENAGIHAN DADAH DI KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Pengedaran dan penagihan dadah semakin hari semakin serius di Kampung Baru Sungai Jarom. Terdapat kes bahawa 2 orang pemuda membunuh diri dalam masa sebulan disebabkan dadah. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk perangi dadah?
38) GERAI-GERAI DI BAWAH PROJEK KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Keadaan gerai-gerai di bawah projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PLB) di seluruh negeri Selangor kelihatan amat tidak tersusun dan terlalu daif. Manakala status kepunyaan tanah dan premis tersebut tidak jelas sehingga menimbulkan banyak masalah. Ditambah pula dengan tindakan beberapa peniaga yang membuat ubahsuai premis tanpa sebarang kawalan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu ini dan bolehkah pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang untuk mengubah wajah gerai-gerai ini agar lebih tersusun dan sedap mata memandang.
39) PESAWAH PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pesawah-pesawah padi di Tanjong Karang dan Sabak Bernam bagi mengatasi masalah kos racun padi dan baja padi yang tinggi untuk mengurangkan bebanan kepada pesawah-pesawah berkenaan?
40) KRISIS EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak kilang yang telah ditutup atau dipindah keluar dari negeri Selangor sejak Oktober 2008?
-
Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membantu mengatasi masalah pengangguran yang dijangka bertambah berikutan krisis ekonomi dunia?
41) SEKTOR EKONOMI (NEGERI SELANGOR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan, berapakah jumlah FDI yang telah di perolehi sepanjang tahun 2008?
-
Sila berikan statistik FDI untuk 5 tahun dan pecahan sektor-sektornya
-
Berikan jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Selangor sepanjang 2008 mengikut : i) Pecahan mengikut sektor ii) Pecahan mengikut daerah
42) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan prestasi dan perkembangan terkini kesemua ladang yang dimiliki oleh PKPS di seluruh Negara dengan terperinci.
-
Apakah punca sebenar yang menyebabkan Projek Serendah International Orchid Park mengalami kerugian lebih dari 15 juta dan gagal mencapai sasaran?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh PKPS dalam pelaburan membeli dan menjual Ladang Kelapa Sawit Kalimantan, Indonesia?
43) KONSEP PENSWASTAAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun ini telah memperlihatkan kesemua kemudahan asas rakyat diswastakan dan akibatnya kini rakyat sering dihantui kenaikan tarif air dan elektrik. Apakah langkah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk mengehakmilikkan negeri dan perkhidmatan asas seperti air dan elektrik secara berperingkat agar ianya tidak membebankan rakyat?
-
Apakah perubahan polisi yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penswastaan simpanan tanah di negeri Selangor oleh PKNS dan anak syarikat negeri yang lain?
44) TANAH WAKAF
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah tanah-tanah wakaf yang didaftarkan di negeri Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menangani tanah-tanah wakaf yang masih belum didaftarkan?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri dalam mengendalikan tanah-tanah wakaf supaya ianya lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi masa ini?