2) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan pelabur asing di Selangor mengikut jumlah pelaburan (RM).
-
Sila senaraikan jenis-jenis pelaburan dan sektor apakah yang tertinggi?
2) BANTUAN SKIM CERIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu penduduk Pangsapuri Sri Sementa untuk membaik pulih bangunan, bumbung, cat semula dinding dan keperluan lain untuk keceriaan pangsapuri ini?
2) PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Mohon YAB menjelaskan berkaitan permohonan kemasukan ke sekolahsekolah menengah agama JAIS: i. Berapa jumlah permohonan awal tahun 2015? ii. Berapa jumlah yang ditolak dan diterima? iii. Apakah alternatif kerajaan negeri bagi yang ditolak?
2) JAWATANKUASA TETAP KEHIDUPAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah fokus dan tumpuan Jawatankuasa Tetap Kehidupan Bandar?
-
Bagaimana permasalahan yang dihadapi oleh penghuni perumahan bertingkat khususnya di flat-flat kos rendah?
2) FENOMENA PERTEMBUNGAN MAZHAB YANG SEMAKIN BERKEMBANG DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah punca?
-
Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap fahaman Salafi, As-Syaierah dan Wahabi?
-
Apakah tindakan bagi memperkukuh kefahaman aqidah Ahlussunnah di kalangan masyarakat muslim di Selangor?
2) KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan induk untuk kesenian, kebudayaan dan warisan?
2) RUMAH KOS RENDAH JENIS (A)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, masih terdapat 70,967 bilangan permohonan di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk Skim Rumah Selangorku (Jenis A). Apakah Kerajaan Negeri Selangor selepas ini akan merancang bagi memperbanyakkan Projek Rumah Selangorku (Jenis A)?
2) SUKAN PERAHU LAYAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Selangor dalam memberi sokongan kepada aktiviti Sukan Perahu Layar?
-
Adakah Pantai Batu Laut yang merupakan salah satu lokasi Sukan Perahu Layar yang aktif diberi perhatian peruntukan bagi menaiktaraf kemudahan prasarana?
2) KEROSAKAN JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dan usaha Kerajaan Negeri bagi mengatasi kerosakan teruk yang sering berlaku di jalan antara Sungai Panjang melalui Bagan Terap sehingga Kampung Sepintas?
2) SELANGOR AUTOMOTIVE BELT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan kerajaan bagi kawasan fokus seperti Selangor Automotive Belt supaya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri bagi tahun 2012 ?
