Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

154) PROJEK PERUMAHAN BEKAS PEKERJA LADANG DUSUN DURIAN, MORIB

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan dan penyelesaian status projek perumahan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk bantuan kerajaan negeri kepada pembeli yang ditolak oleh Bank kerana faktor umur dan pendapatan yang tidak melayakkan pinjaman bank sedangkan mereka memerlukan rumah tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang menubuhkan Dana Khas bagi membantu menyelesaikan masalah peminjam/pembeli seperti ini?

    Klik jawapan »

155) PEMBANGUNAN BANDAR PETALING JAYA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah tempoh yang diberikan kepada 'Task Force' diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memutuskan kadar pajakan selepas diumumkan pada awal tahun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah kerajaan negeri akan mengumumkan kadar pajakan baru dengan tawaran menarik kepada penduduk PJ?

    Klik jawapan »

156) PENYELESAIAN ISU PERUMAHAN PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Penduduk Kampung Berembang sudah ditawarkan rumah di projek Berembang Indah sebagai penyelesaian kepada masalah perumahan mereka selepas rumah mereka dirobohkan . Rumah batu tersebut sepatutnya siap pada bulan Jun ,2009 yang lepas tetapi sehingga hari ini, didapati mereka masih lagi terpaksa tinggal dalam khemah ditapak bekas kampung mereka. Kenapakah rumah mereka belum siap sehingga kini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memantau dan berusaha menyelesaikan masalah perumahan mereka dengan segera?

    Klik jawapan »

157) PERBELANJAAN TAMBAHAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk membentangkan perbelanjaan tambahan pada akhir tahun ini di Dewan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kerajaan tidak membuat perancangan awal seberapa teliti yang mungkin dalam belanjawan kerajaan negeri supaya tidak perlu dibentangkan perbelanjaan tambahan?

    Klik jawapan »

158) SKIM MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah kedudukan terkini mengenai skim mikro kredit negeri Selangor yang di umumkan oleh DatoÕ MB tempoh hari.

    Klik jawapan »

159) INFRASTRUKTUR ASAS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina jalan kampung yang baru?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk membaiki jalan-jalan kampung sedia ada yang rosak?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan senarai kampung serta jumlah peruntukan yang diterima bagi membina jalan baru atau membaik pulih jalan kampung di dalam DUN Dusun Tua

    Klik jawapan »

160) RUMAH FLAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri menyediakan beberapa fasa penambahbaikan bagi memastikan kesejahteraan hidup penghuni rumah flat atau pangsapuri kos rendah. Apakah status perkembangan fasa penambahbaikan dan penyelesaian masalah di rumah flat terkini ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang mewujudkan mekanisme selain Join Management Body (JMB) yang ada antaranya menimbulkan masalah?

    Klik jawapan »

161) INFRASTRUKTUR KILANG DI DALAM KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Terdapat pembinaan kilang-kilang di dalam kawasan kampung-kampung khususnya di Pelabuhan Klang yang mana kemudahan jalan raya tersebut telah digunakan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sedia maklum bahawa jalan raya yang terdapat di dalam kawasan kampung-kampung tidak dapat menampung beban berat kenderaan yang membawa muatan sehingga mencecah ke 60 ton atau lebih. Ini menyebabkan jalan raya tersebut akan mudah rosak serta pecah. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani serta menyelesaikan permasalahan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Tiadakah penguatkuasaan undang-undang yang membolehkan penggunaan jalan raya tersebut mengikut had limit berat sesuatu jalan raya?

    Klik jawapan »

162) STATUS HAK MILIK KAMPUNG BARU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan bil dan peratusan rumah kampung baru Sungai Chua, Kwantung Baru dan Bukit Angkat yang telah memiliki hak milik sementara (TOL)

    Klik jawapan »

  2. Apakah keistimewaan atau pertimbangan khas diberi untuk kedai-kedai perniagaan yang terletak di dalam kawasan kampung baru?

    Klik jawapan »

163) ASET MILIK YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan masa hadapan ke atas aset-aset milik Yayasan Selangor yang bernilai tinggi di Bukit Bintang, Kampung Baru dan Petaling Jaya.

    Klik jawapan »