Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
183) PENDIDIKAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah status perkembangan terkini untuk menjadikan Selangor Hub Ilmuan / Hub Pendidikan?
-
Di bawah Agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor, terdapat Program Hadiah Anak Masuk Universiti yang implikasi kewangannya membabitkan RM8.2 juta. i Bagaimanakah perkembangannya, berapakah penerima dan jumlah RM yang telah dibelanjakan mengikut Daerah?
184) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah pelancong yang dianggarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009
-
Berapakah jumlah pelancong yang disasarkan akan melawat Selangor pada tahun 2009 dan apakah pecahan peratusan bilangan pelancong tersebut mengikut negara.
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong dari luar negara memandangkan berlakunya krisis ekonomi serta wabak penyakit selesema babi H1N1 secara global
-
Apakah sudah ada impak sehingga kini ke atas industri pelancongan Negeri Selangor akibat daripada kedua-dua gejala berkenaan
185) PENDIDIKAN BELIA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah langkah dan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan para belia mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah
-
Sila nyatakan berapakah ramai belia-belia yang tidak dapat menamatkan pendidikan menengah dan huraikan apakah puncanya?
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai hub ilmuan dan apakah faedah kepada para belia?
186) JALAN KELUAR-MASUK KE GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE (GMI)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Jalan keluar-masuk ke GMI, Bangunan Latihan KWSP dan Taman Universiti dari jalan Kajang-Bangi melalui Sungai Tangkas sempit dan tidak bersesuaian. Adakah sebarang perancangan bagi menggantikan jalan tersebut?
-
Bagaimanakah dengan pelan lokasinya?
-
Adakah ianya melibatkan pengambilan tanah penduduk setempat?
187) PASUKAN BOLA SEPAK SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memantapkan prestasi bola sepak negeri bagi kembali menjadi pusat kecemerlangan kebangsaan sekali gus memantapkan lagi pencapaian pasukan Malaysia?
188) NAMA-NAMA TAMAN / JALAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor menukar nama-nama taman berikut :- i) Southern Park Kepada Taman Selatan; dan ii) Taman Melawis kepada Taman Kampung Attap. Bilakah ianya akan ditukar ke nama asal?
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengisytiharkan secara rasmi Jalan Tengku Kelana sebagai ÒLittle IndiaÓ Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan beberapa jalan-jalan di Negeri Selangor atas nama tokoh-tokoh terkemuka seperti berikut yang telah banyak berjasa kepada Negeri Selangor seperti :- i) Encik Ramesan (Bekas ADUN Negeri Selangor) ii) Dr. V. David (Bekas ADUN Negeri Selangor) iii) Encik Devan Nair (Bekas Ahli Parlimen Negeri Selangor) iv) Puan Gengga Nair (Bekas ADUN Negeri Selangor) v) Encik Karam Singh (Bekas ADUN Negeri Selangor)
189) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan dan mempromosi industri herba Negeri Selangor di luar negara.
-
Berapakah jumlah perdagangan dalam industri herba ke luar negara dari negeri Selangor yang dikenal pasti bagi tempoh 3 tahun yang lepas.
-
Bagaimanakah kerajaan akan membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di luar negara
190) ALAM SEKITAR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kilang Ð kilang yang melepaskan asap berlebihan sehingga menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar terutamanya kilang Ð kilang di Kawasan Meru
191) PEKERJA LADANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor masih tiada suatu enakmen yang jelas yang mengarahkan tuan punya ladang untuk membina rumah sendiri untuk para pekerja nya agar isu perumahan tidak timbul jika sesuatu ladang tersebut dibangunkan dan pekerjanya dihentikan kerja? ApakahÐapakah langkah terkini Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini dan bilakah suatu enakmen yang jelas mengenai perumahan pekerja ladang akan dibentuk ?
192) DASAR PEMUTIHAN GERAI DAN PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN TIDAK SAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagi pemutihan kawasan-kawasan setinggan, kerajaan tidak meruntuhkan rumah-rumah setinggan sehingga ada tempat-tempat kediaman bagi memindahkan penduduk terlebih dahulu. Bagi gerai-gerai dan premis-premis perniagaan tidak sah yang telah sedia wujud sebelum 8 Mac 2008. Adakah dasar yang sama tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu kerajaan mewujudkan tempat-tempat perniagaan yang sesuai terlebih dahulu sebelum mengusir dan merobohkan gerai-gerai dan premis-premis tersebut?
-
Apakah tidak diwujudkan senarai kategori kedai-kedai dan premis-premis perniagaan tersebut menurut kadar berat ringan pelanggarannya terhadap syarat dan peraturan di PBT masing-masing?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memberi sumbangan kepada PBT-PBT dalam program pemutihan gera-gerai dan premis-premis seperti ini?