Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

64) LIGA BOLA SEPAK HULU LANGAT TIDAK BERGIAT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah liga tersebut malap dan begitu lama tidak bergiat ?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah sepatutnya bertanggungjawab bagi memulihkan liga tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan utama bagi memulihkan imej liga bola sepak di Hulu Langat?

    Klik jawapan »

65) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR KILANG DI KAWASAN KAMPUNG / LUAR BANDAR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Terdapat pembinaan kilang-kilang di dalam kawasan kampung / luar bandar yang mana kemudahan jalan raya digunakan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sedia maklum bahawa jalan-jalan yang sedia ada di kawasan perkampungan tidak dapat menampung beban berat kenderaan yang mencecah 40m/tons dan ini menyebabkan jalan tersebut rosak. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan perkara tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ukuran paip air yang disalurkan kepada kilang-kilang di kawasan perkampungan mengikut spesifikasi industri sedangkan kilang-kilang tersebut di dalam kawasan kampung?

    Klik jawapan »

66) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional Kerajaan Negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat pelaburan tambahan

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalani industri ternakan babi secara moden

    Klik jawapan »

67) PEMILIHAN AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sekalung tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas pelantikan 24 orang Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor terus terbela. Apakah kriteria dan pertimbangan penting yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri dalam memilih dan melantik ahli-ahli majlis PBT berkenaan dan bagaimana agihan dilaksanakan antara parti-parti politik dalam pakatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan?

    Klik jawapan »

  2. Kerajaan Negeri pernah mewar-warkan akan mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli majlis PBT. Mengapakah kempen yang diperjuangkan sekian lama itu tidak dilaksanakan?

    Klik jawapan »

68) KILANG BESI BURUK

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan butir terperinci lesen kilang besi buruk yang telah diberikan dalam Selangor mengikut PBT dalam tahun 2007 dan 2008.(nama syarikat, lokasi, tempoh lesen)

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam menangani kilang besi buruk haram yang semakin bertambah?

    Klik jawapan »

69) TEKANAN AIR RENDAH Ð SYABAS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kita menerima banyak aduan tentang tekanan air yang rendah dibekalkan oleh SYABAS sejak hampir setahun ini. Apakah punca keadaan ini dan mengapakah tekanan seperti yang dibekalkan dahulu tidak dikekalkan?

    Klik jawapan »

70) KEPERLUAN MEWUJUDKAN MAJLIS PERBANDARAN KOTA RAJA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Keadaan semasa dalam kawasan Parlimen Kota Raja penduduk dipecahkan kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana itu ia bukan sahaja mengelirukan penduduk tetapi juga kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pemotongan rumput dan sebagainya. Adalah dicadangkan agar diwujudkan segera sebuah pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri dengan seberapa segera. Dalam soalan yang lepas, penjelasan yang diberikan mengenai DUN Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang mempunyai hanya 2 PBT adalah tidak tepat sama sekali, soalan saya adakah Exco terlibat memeriksa terlebih dahulu jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerana jawapan yang tidak tepat sebegini menunjukkan pihak berkuasa tempatan sendiri dan pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak tahu tentang sempadan-sempadan kawasan kerja masing-masing. Jelaskan secara terperinci siapakah yang terlibat memberi jawapan ini hinggakan Exco tidak dimaklumkan jawapan yang sebenar

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan sedar terdapat pegawai-pegawai yang tidak teliti semasa memberikan jawapan-jawapan dan sekiranya kerajaan menyedarinya apakah tindakan tatatertib yang akan di ambil bagi menyekat pegawai-pegawai ini dari memberikan jawapan yang tidak tepat.

    Klik jawapan »

  3. Keperluan mewujudkan Majlis Perbandaran sendiri di Kota Raja adalah amat mendesak, justeru itu bilakah ianya dapat diwujudkan bagi mengatasi kekeliruan rakyat, pegawai kerajaan dan Exco sendiri.

    Klik jawapan »

71) PERIHAL TAPAK PENYISIHAN PEPEJAL DI MUKIM JERAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Pembinaan Pusat Penyisihan Sisa Pepejal Sanitary Landfield yang dibina di Ladang Tuan Mee ( Jeram Estate ) di Mukim Jeram bagi Bahagian Barat Laut Selangor menjadi bahan kritikan, kempen popular dan bantahan Kerajaan Negeri sekarang sepanjang Pilihan raya Umum lalu. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menutup atau memindahkan pusat sampah berkenaan ke tempat lain?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai idea dan cadangan lain bagi membina pusat pelupusan sampah yang lebih sempurna dan lebih baik daripada yang dibina oleh Kerajaan Negeri terdahulu?

    Klik jawapan »

72) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM 162,500 sebulan bagi perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi kompleks secara komprehensif yang mengandungi sepuluh unit banglo dan rumah kelab. Kos keseluruhan bagi lima tahun adalah sebanyak RM 9,900,000. Kos perbelanjaan untuk seunit setiap bulan ialah RM 16,250. Jika kerajaan negeri ingin menyewakan banglo-banglo tersebut, berapakah kerajaan negeri akan menyewakan seunit banglo untuk sebulan?

    Klik jawapan »

  2. Didapati kos perbelanjaan untuk kawalan serangga perosak memerlukan sebanyak RM 35,000 manakala kos untuk pembersihan dan landskap memerlukan sebanyak RM 40,000 untuk sebulan, adakah kos ini terlalu tinggi? Sila jelaskan

    Klik jawapan »

73) KUIL-KUIL AGAMA HINDU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional dan juga yang telah disenaraikan hitamkan untuk dirobohkan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang didirikan di atas tanah yang dimiliki oleh kuil Hindu tersebut dan jika kuil-kuil Hindu itu tidak mempunyai dokumen Hak milik Tanahnya sendiri, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memberikan Suratan Hak milik Tanah bagi kesemua Kuil-Kuil Hindu yang tidak mempunyainya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil ke atas penceroboh-penceroboh dan mereka yang telah memusnahkan serta menghina kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional.

    Klik jawapan »