32) PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes pembakaran terbuka yang dilaporkan dari Januari 2013 - Januari 2014?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menurunkan kes pembakaran terbuka?
32) KEWANGAN PELAJAR UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Sehingga bulan Februari 2014 terdapat rungutan pelajar UNISEL belum menerima bantuan kewangan dari PTPTN. Mengapakah keadaan ini berlaku?
-
Berapakah jumlah pelajar dan jumlah pinjaman mereka ?
-
Apakah langkah UNISEL untuk membantu pelajar yang terbabit?
32) BERKOMUNIKASI MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah ahli-ahli dewan tidak diberitahu hal-hal atau perkara-perkara yang berlaku dalam kawasan masing-masing terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan?
-
Patutkah tidak ahli-ahli dewan dimaklumkan berkenaan segala aktiviti atau pelan yang melibatkan kawasan masing-masing sebelum keputusan dibuat?
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan kepada semua pejabat- pejabat dan atau badan-badan kerajaan negeri supaya segala maklumat yang melibatkan kawasan seseorang ahli dewan diberikan dan penglibatan ahli dewan diwajibkan sebelum sebarang keputusan dilakukan?
32) BANTUAN KEPADA PETANI DAN NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan yang diberi kepada petani dan nelayan?
32) Agrosel
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah fungsi sebenar Agrosel dan berapakah jumlah peruntukan dan juga aset semasa Agrosel ini dan sejauh manakah Agrosel telah berjaya membantu para petani di Negeri Selangor?
32) HAL EHWAL SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tanah yang diperuntukkan bagi rumah ibadat bukan Islam?
-
Senaraikan purata keluasan tanah yang telah diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam.
33) PKPS LIVESTOCK FARM SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Syarikat PKPS Livestock Farm Sdn Bhd memfokuskan bidang penternakan lembu tenusu dan ayam daging. Nyatakan lokasi ladang dan bilangan ternakan kedua-dua haiwan tersebut tahun 2013-2014?
-
Nyatakan prestasi dan keuntungan syarikat 2010-2013?
-
Nyatakan pasaran produk-produk tersebut?
33) TAPAK PERKUBURAN CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini berhubungan dengan tapak perkuburan Cina di seluruh negeri Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap tapak perkuburan yang kehabisan tanah seperti Tapak Perkuburan Cina Tg. Sepat?
33) PERBELANJAAN PENGUBAHSUAIAN AHLI-AHLI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi pecahan terperinci tentang perbelanjaan pengubahsuaian (renovation) pejabat dan pusat khidmat Ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya bermula tahun 2008 hingga 2012.
33) Kaitan Negeri Lain Dengan Masalah Air Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Selangor mendapat sumber bekalan air dari Negeri lain terutama negeri-negeri jiran?
-
Adakah pernah berlaku gangguan bekalan air berpunca dari Negeri jiran?
-
Apakah wujud kerjasama antara negeri Selangor dan negeri lain dalam isu bekalan air?
