33) SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional dan matlamat gagasan SMART Selangor? Nyatakan tempoh perlaksanaannya dan apakah kesan yang dijangka daripada inisiatif ini?
33) JANJI MANIFESTO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Manifesto Pakatan Rakyat (PKR dan PAS) ada menggariskan "bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah" dan "bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri". Apakah kerajaan negeri telah bersedia untuk melaksanakan dua janji tersebut?
-
Menurut kajian kerajaan negeri berapakah implikasi kewangan yang perlu ditanggung?
33) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah pelaburan yang diterima oleh Kerajaan Negeri menerusi Taman Sains, Kota Damansara sepanjang lima tahun yang lepas
33) PENGANGGURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan/perancangan/program/insentif bagi menangani isu pengangguran yang semakin bertambah terutamanya selepas pandemik Covid19 yang masih belum selesai?
-
Jika Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tersebut, golongan manakah yang menjadi keutamaan?
33) BAYARAN CUKAI KEPADA KERAJAAN PUSAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pembayaran cukai rakyat Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat untuk tahun 2010 dan 2011 dan berapakah peratus penyumbangan tersebut dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain ?
-
Menurut amalan Kerajaan Pusat sebelum tahun 2008, berapa peratus kah dari jumlah pembayaran cukai disalurkan kembali kepada Kerajaan Negeri Selangor ?
-
Sila senaraikan jumlah pembayaran cukai yang sepatutnya diterima dan jumlah pembayaran cukai yang pada hakikatnya diterima dari Kerajaan Pusat kepada rakyat Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011.
33) PERTUMBUHAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah mempunyai 'economic and industrial blueprint' untuk mendepani cabaran ekonomi semasa yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi khususnya KDNK Selangor?
33) SENARAI HITAM KONTRAKTOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua kontraktor dan pengarah syarikat yang telah disenarai hitamkan (blacklisted) oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya
-
Adakah senarai hitam ini kekal selama-lamanya atau boleh dipulihkan?
33) KRITERIA UNTUK MEMILIH DAN MEMANTAU AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila sebutkan kriteria untuk memilih ahli majlis dan cara-cara memantau prestasi ahli majlis.
-
Bilakah kerajaan akan membuka permohonan ahli majlis secara rasmi pada tahun 2010?
-
Sila nyata akademik dan pekerjaan setiap ahli majlis.
33) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
-
Sejauh manakah keberkesanan pihak KDEB dalam menangani isu kebersihan awam?
33) PELABURAN DALAM BIDANG AERO ANGKASA ( KAWASAN SUBANG )
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang telah berjaya dan/atau akan dilaburkan?
-
Apakah syarikat-syarikat yang telah terlibat dan berapa jumlah pelaburan tersebut telah di buat ?
-
Apakah mekanisme yang telah di gunakan untuk memastikan bahawa pelaburan tersebut akan berjaya?
