33) DASAR KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Masih terdapat sebahagian jabatan-jabatan yang tidak dapat menyelesaikan permasalahan rakyat sehingga menjejaskan nama baik kerajaan. Apakah tindakan kerajaan kepada jabatan tersebut?
-
Sub-soalan telah di tolak
33) PERUNTUKAN PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Mengapakah peruntukan PWB dihadkan sebahagian kepada "Capacity Program" semata-mata?
-
Apakah perancangan supaya lebih agihan peruntukan kepada program komuniti dapat yang kini hanya berbaki sekitar RM20k setahun berbanding RM30k sebelum ini?
-
Adakah perancangan untuk kembalikan program mamogram dibawah pengurusan PWB?
33) HUTANG SYARIKAT TALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah mengambil alih hutang syarikat Talam bernilai RM 392 juta dan dijangka dapat mengutip balik hutang tersebut dengan segera. Apakah status terkini jumlah hutang yang telah dikutip?
-
Jika bayaran juga terdapat bentuk pengambilalihan aset hartanah, berapakah nilai aset tersebut dan nilai kutipan tunai?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan kertas putih sebagai tanda ketelusan?
33) MASALAH PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri mempunyai satu senarai projek-projek perumahan yang terbengkalai di negeri ini. Usaha untuk mengatasi masalah ini adalah merupakan suatu usaha yang berlarutan. Ada projek yang telah dapat disiapkan namun masih banyak lagi projek-projek yang masih belum diselesaikan disebabkan masalah-masalah tertentu. Adakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini agar tidak berlarutan tanpa sebarang penyelesaian?
33) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pecahan mengikut kaum dan DUN, penerima Insentif Perkahwinan Belia seluruh Negeri hingga kini.
-
Butirkan jumlah bayaran yang telah dibayar kepada mereka yang layak menikut DUN di seluruh Negeri hingga kini.
-
Berapa lamakah proses sehingga pemohon menerima bayaran insentif?
33) PILIHANRAYA PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Sama ada pilihanraya ketua kampung di Kampung Bagan di Pulau Ketam, Kampung Baru Sungai Jarom dan Kampung Baru Pandamaran akan dijalankan pada tahun ini? Sekiranya ya, bila diadakan?
-
Samada pilihanraya tersebut akan dijalankan di lebih kampung baru Cina di Negeri Selangor?
33) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang diterima oleh kerajaan negeri sehingga suku tahun terakhir 2014?
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah dibelanjakan mengikut kawasan sehingga suku tahun terakhir 2014
-
Apakah langkah yang diambil kerajaan negeri untuk memastikan peruntukan ini dibelanjakan keseluruhannya?
33) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai di Desa Salak Indah dan Kampung Lanjut?
33) SJKC SG LONG DAN SJKC KAJANG 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berikutan pengumuman pihak Lembaga Pengarah SJKC Sg Long dan SJKC Kajang 2 bahawa kos pembinaannya yang disalurkan oleh kerajaan pusat mungkin tidak mencukupi, apakah rancangan kerajaan untuk membantu pembinaan kedua-dua sekolah tersebut agar pembinaannya tidak terbengkalai ?
33) PENGANGKUTAN AWAM UNTUK PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mula membantu menyediakan bas percuma untuk penduduk marhaen di pangsapuri kos rendah di Klang?
-
Berapakah kos tambahan yang perlu ditanggungkan oleh Kerajaan Negeri sekiranya Kerajaan Negeri membantu penduduk yang paling terkesan dengan ekonomi merudum?
