33) RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN DAN BANGLO SERI SELANGOR BUKIT FRASER
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kos sebenar secara terperinci yang telah dibelanjakan untuk kerja-kerja naik taraf Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuka Banglo Seri Selangor Bukit Fraser untuk sewaan kepada Ahli Dewan Negeri Selangor memandangkan kerja-kerja naik taraf telah siap? Jika ya, nyatakan kadar sewaan.
33) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
-
Sejauh manakah keberkesanan pihak KDEB dalam menangani isu kebersihan awam?
33) PELAJAR INPENS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik kemasukan pelajar ke INPENS dari tahun 2013-2015?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan INPENS?
33) KEMASUKAN PELABUR KE SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik kemasukan pelaburan ke Selangor dari tahun 2010-2014?
-
Apakah faktor-faktor turun naik jumlah pelaburan yang masuk ke Selangor?
-
Senaraikan 5 buah negara tertinggi nilai pelaburannya di Selangor?
33) PELABURAN DALAM BIDANG AERO ANGKASA ( KAWASAN SUBANG )
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang telah berjaya dan/atau akan dilaburkan?
-
Apakah syarikat-syarikat yang telah terlibat dan berapa jumlah pelaburan tersebut telah di buat ?
-
Apakah mekanisme yang telah di gunakan untuk memastikan bahawa pelaburan tersebut akan berjaya?
33) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang diterima oleh kerajaan negeri sehingga suku tahun terakhir 2014?
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah dibelanjakan mengikut kawasan sehingga suku tahun terakhir 2014
-
Apakah langkah yang diambil kerajaan negeri untuk memastikan peruntukan ini dibelanjakan keseluruhannya?
33) MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua masjid dan surau yang ada di DUN Jeram
-
Senaraikan nazir dan pengerusi serta AJK-AJK bagi setiap masjid dan surau tersebut.
33) BAS SMART SELANGOR DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penumpang Bas Smart Selangor di Hulu Selangor mengikut laluan masing-masing.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membina pondok perhentian di laluan Batang Kali? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
33) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai di Desa Salak Indah dan Kampung Lanjut?
33) HOTSPOT JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menetapkan sesebuah kawasan itu hotspot jenayah dan senaraikan kawasan-kawasan yang dikenalpastikan sebagai kawasan hotspot jenayah di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila kawasan tersebut disenaraikan sebagai hotspot?
