35) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba Negeri Selangor di luar negara?
-
Berapakah jumlah perdagangan yang dikenal pasti di dalam industri herba ke luar negara di Negeri Selangor bagi 3 tahun yang lepas?
-
Bagaimanakah kerajaan akan membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di luar negara?
35) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kepada Ketua Kampung dan JKKK?
-
Apakah peranan JKKK bagi membanteras masalah gejala sosial?
-
Bagaimanakah JKKK dapat berperanan adil dalam pengagihan bantuan kepada rakyat?
35) PENYELARASAN ANTARA PBT-PBT DAN JABATAN KERAJAAN LAIN YANG TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA JALANRAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah mekanisma-mekanisma yang kini ada untuk memastikan bahawa tidak berlakunya penduaan kerja-kerja oleh PBT, Tenaga Nasional, SYABAS dan sebagainya?
35) BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Sejauhmana keberkesanan Program Bantuan Blueprint dan Program Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) dapat memberi manfaat kepada penduduk yang memerlukan dan sehingga kini berapa orang yang telah mendapat manfaat di kawasan DUN Sabak?
-
Hadiah IPT merupakan satu produk IPR yang telah dinikmati oleh warga Selangor. Tetapi insentif ini hanya kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3000 sahaja. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meluaskan pemberian insentif ini kepada semua anak Negeri Selangor yang berjaya ke IPT tanpa melalui syarat pendapatan RM3000?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam usaha menambahkan peluang pekerjaan di kalangan orang muda dalam kawasan DUN Sabak supaya golongan ini boleh membantu pembangunan di kawasan setempat?
35) USAHAWAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2008 Ð 2013?
-
Senaraikan usahawan yang telah dibantu oleh kerajaan negeri mengikut DUN?
-
Bagaimana pemantauan prestasi dibuat untuk memastikan usahawan baru berjaya?
35) MASALAH DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Dengan kadar kes demam denggi tertingi di Malaysia, æapakah tindakan terbaru æbagi mengurangkan kes denggi dari terus berlaku?
35) BILLBOARD DI MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua billboard di bawah MPAJ dan bayaran yang dikenakan untuk setiap billboard.
-
Bagaimanakah billboard yang berada ditepi MRR2 dapat diluluskan? Sila nyatakan kriteria.
35) PEMBERHENTIAN KERJA SEKTOR AERO-ANGKASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah serta sebab pemberhentian pekerjaan dalam sektor Aero-Angkasa setiap tahun dalam tempoh 5 tahun lalu ( 2015-2019 ) ?
-
Syarikat-syarikat yang terlibat di pemberhentian tersebut ?
35) TUNGGAKAN HUTANG PBT KEPADA SYARIKAT ALAM FLORA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah tunggakan terkini PBT Negeri Selangor kepada Syarikat Alam Flora ?
-
Sila nyatakan apakah pendekatan yang sudah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan tunggakan hutang tersebut dapat dilangsaikan secara beransur-ansur tanpa menjejaskan mutu dan prestasi perkhidmatan Alam Flora ?
-
Sila perjelaskan apakah peranan dan bidang kuasa yang ada pada PBT dan Kerajaan Negeri dalam konteks pembersihan sampah di Negeri Selangor ?
35) PENGURUSAN SAMPAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah kompaktor telah dibeli oleh kerajaan negeri untuk tujuan pengurusan sampah di negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah telah dibelanjakan?
-
Kenapa masih terdapat aduan berkenaan sampah sarap tidak dikutip?
