35) KAD PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan pemohonan yang berjaya untuk Kad Peduli Sihat mengikuti kawasan DUN.
-
Berapa peruntukan yang telah dipakai untuk kegunaan Kad Peduli Sihat mengikuti kawasan DUN?
-
Nyatakan panel klinik yang telah didaftar bawah skim Kad Peduli Sihat di DUN Rawang.
35) HOSPITAL SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai kronologi pembinaan Hospital tersebut dan bilakah ianya akan disiapkan ?
-
Sila nyatakan sehingga kini berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan hospital tersebut dan berapakah kos asal semasa tawaran dikeluarkan ?
-
Sila huraikan dengan jelas apakah kelemahan yang dikenal pasti sehingga berlaku kelewatan yang sedemikian serius dan berapakah jumlah kapasiti pesakit semasa yang dapat ditampung oleh hospital tersebut apabila siap kelak ?
35) PENUBUHAN PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri kronologi dan butiran pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri untuk membentuk bandar satelit Petaling Jaya
-
Berapakah pampasan yang dibayar untuk tanah tersebut?
35) PENCAPAIAN ONE STOP CENTRE UNTUK WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Penghuraian daripada Exco Wanita dan Kesihatan tentang pencapaian One Stop Centre di pusat perubatan
-
Perancangan Kerajaan Negeri tentang penambahan lokasi pemeriksaan mamogram mengikut daerah PBT untuk meningkatkan frekuensi pemeriksaan
-
Statistik 2013-2014 bagi wanita yang mendapatkan khidmat pemeriksaan mammogram.
35) INFLASI SERTA CARA-CARA MENGATASINYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kerajaan telah memberi 20m3 air percuma kepada pengguna-pengguna air yang mempunyai meter individu, adakah kerajaan akan meminta pengusaha-pengusaha restoran supaya tidak mengenakan caj terhadap air kosong demi mengatasi masalah inflasi?
35) PREMIS MAKANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan secara terperinci jumlah operasi penggredan premis makanan dari tahun 2014-2015?
-
Berapakah jumlah premis perniagaan yang diarahkan tutup dari tahun 2014- 2015 di Selangor?
35) PROGRAM RUMAH PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik bilangan rumah dibina dan penerima tahun 2010 mengikut kaum dan daerah?
-
Apakah mekanisme yang telus digunakan untuk memilih penerima rumah yang layak?
35) CERUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lokasi yang menghadapi masalah kegagalan cerun.
-
Apakah faktor yang menyebabkan kegagalan cerun?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut?
35) MANIFESTO MANFAAT WARGA EMAS, OKU & ANAK YATIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
-
Berapakah bilangan warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim di Selangor dari 2008 hingga 2012 pecahan kaum?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membantu mereka yang terbabit?
35) PERUNTUKAN TAHUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan kewangan tahunan kepada SJKC, SJKT dan SAR. Berapa banyak peruntukan telah diluluskan kepada SJKC, SJKT dan SAR di kawasan DUN Sg. Pelek mengikut pecahan sekolah semenjak tahun 2008 sehingga sekarang ?
