35) PROGRAM CERIA BANGUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak jumlah yang disediakan untuk program ceria bangunan yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Bangunan?
-
Apakah aspek-aspek yang diperbaiki dalam program ceria bangunan ?
-
Berapa banyak apartmen-apartmen yang telah terlibat dalam program ceria ?
35) PINJAMAN HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Mohon penjelasan penangguhan Skim i-Lestari, i-Agro dan Rakan Strategi. Bila bermula dan kenapa ditangguhkan?
-
Penjelasan dinaikkan caj pengurusan dari 4% kepada 10%. Kenapa dan bila mula pelaksanaannya?
35) LEACH BIN 1100L MDHS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah unit tong sampah leach bin 1100L yang disediakan oleh MDHS untuk penduduk membuang sampah dan masalah yang dihadapi.
-
Nyatakan jumlah kos yang dibelanjakan oleh MDHS untuk membeli tong sampah leach bin 1100L mengikut tahun sejak 2008.
35) SALAHGUNA TANAH UNTUK MEMELIHARA BINATANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah dilaksanakan mengenai isu salahguna bangunan di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung dan kawasan hutan di Hulu Selangor untuk memelihara binatang
-
Adakah kejadian ini terlibat penjualan kulit binatang haram?
35) MENINGKATKAN GAJI KAKITANGAN AWAM BAGI MENGHAPUSKAN AMALAN RASUAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat korelasi antara amalan rasuah dan gaji rendah warga kerja Kerajaan Negeri?
-
Demi memastikan amalan rasuah sifar, adakah gaji rendah golongan warga kerja sedia dinaikkan?
-
Apakah halangan yang ada sekiranya kenaikan ini ditanggung oleh wang daripada rizab Negeri?
35) PENYELARASAN ANTARA PBT-PBT DAN JABATAN KERAJAAN LAIN YANG TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA JALANRAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah mekanisma-mekanisma yang kini ada untuk memastikan bahawa tidak berlakunya penduaan kerja-kerja oleh PBT, Tenaga Nasional, SYABAS dan sebagainya?
35) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengadakan kemudahan pengangkutan awam di seluruh Selangor, terutama di kawasan-kawasan pendalaman yang belum mempunyai kemudahan awam seperti dari Ampang ke Pangsoon dan ke Sungai Lui.
-
Jika ada, minta dikemukakan perancangan tersebut.
35) Lokasi Rekreasi Kemensah Sebagai Destinasi Pelancongan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Tahniah kerajaan kerana telah mengumumkan di Dewan yang mulia ini status Kemensah dalam konteks pusat rekreasi di Selangor. Mengapa tiada perasmian, pelancaran ataupun dokumentasi seperti notis dikeluarkan untuk tujuan menjelaskan status tersebut?
35) USAHAWAN MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor untuk menambahbaik keadaan ekonomi anak muda termasuk meningkatkan purata pendapatan mereka?
-
Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha tersebut?
35) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat yang membekalkan Bas Smart Selangor dan jumlah harga kontrak yang telah ditawarkan.
-
Nyatakan statistik bilangan penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut laluan perjalanan
