38) KESAN PEKERJAAN AKIBAT PKP
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran jumlah rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat PKP?
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai sistem pendaftaran pangkalan data untuk mereka yang mencari pekerjaan?
-
Berapakah jumlah premis perniagaan tidak sah warga asing yang telah dikenalpasti dan tindakan yang telah diambil mengikut PBT?
38) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Adakah dibuat kajian perbandingan semula nilai kos rumah ini dengan Lzs?
-
Berapakah bilangan kelulusan mengikut tahun yang masih belum di bina mengikut daerah?
-
Apakah punca permasalahan binaan tidak dilaksanakan?
38) KEKERAPAN ADUAN AWAM HAL KUTIPAN SAMPAH TIDAK SEPERTI DIJADUALKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada kajian dan kesan baik dan buruk selepas tindakan kepada kontraktor?
-
Adakah keupayaan fasiliti dan tenaga kerja kontraktor, keluasan zon dan harga rendah punca sebahagian punca masalah ini?
-
Apakah cadangan bagi meningkatkan prestasi pengurusan ini?
38) KONTROVERSI LADANG BABI MODEN DI KG. TUMBUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Laporan sesetengah organisasi media berkaitan pembangunan ladang babi moden di Kampung Tumbuk dikhuatiri tidak mencerminkan situasi sebenar dan mungkin telah menjejaskan imej kerajaan negeri Selangor. Sila jelaskan keadaan sebenar projek terbabit kepada dewan
-
Apakah langkah kerajaan negeri yang telah dan akan diambil untuk menjelaskan kekeliruan (jika ada) yang muncul kepada masyarakat akibat laporan-Iaporan media yang telah mencemarkan imej kerajaan negeri?
-
Adakah, kerajaan negeri bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana organisasi media yang telah melaporkan secara salah hal pembangunan ladang babi tersebut?
38) BANTUAN JKM KEPADA RUMAH PERLINDUNGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis bantuan yang boleh diberikan oleh JKM kepada rumah-rumah perlindungan dalam membantu kelangsungan pengoperasiannya?
-
Berapakah jumlah rumah dan pusat perlindungan yang telah mendapat kemudahan bantuan ini? Huraikan.
38) PENGURUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk melancarkan penyelesaian pelbagai aduan rakyat?
-
Berapa peratuskah aduan rakyat melalui talian Internet diselesaikan?
-
Apakah masalah pihak kerajaan sehingga masalah penyelenggaraan jalanjalan dan parit-parit masih gagal dilaksanakan secara berkesan?
38) JALAN MRT SG. BULOH Ð KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Jalan MRT akan dibina antara Sungai Buloh ke Kajang. Sejauh manakah kerjasama diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap projek Kerajaan Persekutuan ini?
-
Berapakah jumlah kewangan yang terlibat dengan pengambilan tanah milik negeri dan individu?
-
Apakah kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati pengguna perkhidmatan jalan MRT berkenaan?
38) MASJID PENGURUSAN JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah matlamat perlaksanaan pentadbiran masjid yang diletakkan di bawah pengurusan JAIS?
-
Apakah perlaksanaan perkara tersebut tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada?
-
Adakah benar pemilihan masjid untuk diurus pentadbiran oleh JAIS hanya membabitkan masjid berdana tinggi kadarnya?
38) PEWARTAAN TAPAK RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai rumah ibadat bukan Islam mengikut DUN di Selangor.
-
Berapakah tapak tersebut yang telah diwartakan dan berapakah yang belum diwartakan?
-
Apakah sebab-sebab tapak-tapak tersebut belum diwartakan?
38) TANAH PKPS DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah yang dimiliki oleh PKPS di Hulu Selangor dengan butir-butir seperti keluasan dan tujuan penggunaannya.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan semula tapak Taman Orkid Antarabangsa yang telah tutup lebih daripada 10 tahun?
