38) PENGELUARAN GERAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sejak kerajaan Pakatan memerintah Selangor, banyak permohonan tanah diluluskan. Berapakah jumlah permohonan tanah (bergeran) telah diluluskan?
-
Daerah manakah paling banyak kelulusan diberikan?
-
Mengapakah premium tanah begitu tinggi dikenakan?
38) Fenomena Air Pasang Besar
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan tambahan Kerajaan Negeri kali ini bagi mendepani fenomena Air Pasang Besar?
-
Bagaimana keadaan terkini ban di persisir pantai Negeri Selangor khasnya DUN Sementa bagi menghadapi fenomena berkenaan?
38) BANTUAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan sumbangan bencana kebakaran/ banjir kepada mangsa?
38) MODEL BARU EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Persekutuan mengumumkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang berteraskan kreativiti, inovasi dan nilai tinggi untuk memacu ekonomi Malaysia. Apakah kerajaan negeri bersetuju dengan model ini turut diterapkan dalam pembangunan ekonomi negeri?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk menyediakan rakyat Selangor dengan model baru ini?
-
Berdasarkan sumber manusia dan sumber alam yang ada di Selangor, bagaimanakah ia dapat dimanfaatkan selaras dengan model ini?
38) PERANAN SSIC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peranan SSIC dan hubungan kerja dengan MIDA dalam usaha untuk menarik pelaburan ke Negeri Selangor.
-
Apakah sektor yang menjadi pilihan dan nyatakan jumlah pekerjaan yang telah diwujudkan mulai Januari 2012 sehingga Jun 2012?
39) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek terbengkalai yang telah dipulihkan
-
Senaraikan projek-projek terbangkalai yang masih belum dapat dipulihkan serta sebab-sebabnya.
39) PENEROKA FELDA DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah - langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membantu meningkatkan potensi peneroka FELDA di Negeri Selangor termasuk menyediakan perumahan dan peluang baru untuk generasi kedua ?
39) TANAH KHAS UNTUK ORGANISASI-ORGANISASI (KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN) ORANG KURANG UPAYA (OKU), FIZIKAL DAN MENTAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah Kerajaan Negeri membuat peruntukan-peruntukan untuk sama ada, menyediakan tanah kerajaan atau peruntukan oleh pemaju-pemaju untuk dibekalkan bagi tujuan ini?
39) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapakah jumlah pelancong domestik dan asing yang datang berkunjung ke Negeri Selangor dan senarai kawasan tumpuan pelancong yang utama ?
-
Sila nyatakan apakah promosi yang dijalankan oleh pihak Kerajaan dalam usaha menjadikan Dun Sekinchan sebagai kawasan destinasi tumpuan pelancong yang unggul ?
-
Sila nyatakan apakah kaedah sebaran yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan dan bagaimanakah tahap keberkesanan yang disasarkan?
39) Haiwan Liar Endemik Di Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan haiwan-haiwan liar dan endemik yang terdapat di Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
-
Apa pelan tindakan untuk memelihara dan memulihara stok biodiversiti disitu?
