38) TANAH PKPS DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah yang dimiliki oleh PKPS di Hulu Selangor dengan butir-butir seperti keluasan dan tujuan penggunaannya.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan semula tapak Taman Orkid Antarabangsa yang telah tutup lebih daripada 10 tahun?
38) DEWAN SERBAGUNA BAGAN HAILAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Kebakaran yang memusnahkan 13 rumah menyebabkan keluarga dalam suasana tahun baru kelam kabut mencari tempat tinggal sementara. Bilakah Kerajaan Negeri mahu membina dewan serbaguna?
-
Balai JKKK juga terlalu uzur dan tidak selamat. Bilakah Kerajaan akan ganti baru? Anggaran Kos?
38) MEMBARUMUKA JALAN-JALAN SELURUH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukkan daripada kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi kerja-kerja membarumuka jalan-jalan seluruh Selangor?
-
Apakah jalan-jalan tersebut serta jadual kerja-kerja tersebut akan dilakukan?
38) DEMAM DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Kes deman denggi telah mencecah angka yang membimbangkan terutamanya di Negeri Selangor terutamanya Dun Sungai Pelek. Bagaimanakah mengatasi masalah ini?
38) MENINGKATKAN HASIL NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rakyat Selangor yang terlibat dengan pekerjaan nelayan?
-
Berapakah kadar pendapatan mereka berbanding dengan kerja-kerja rakyat yang lain?
-
Apakah usaha yang dilakukan untuk meningkatkan pendapatan mereka?
38) PERMIT PENJAJA TEPI JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua permit penjaja tepi jalan yang telah diluluskan oleh MBPJ untuk tahun 2016 dan 2017.
-
Berapakah permohonan permit penjaja yang telah diterima untuk tempoh yang sama?
38) LATIHAN KEUSAHAWANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk 5 tahun akan datang bagi melatih usahawan - usahawan baru terutama di kalangan belia?
-
Berapakah jumlah usahawan yang telah dilatih mulai Mac 2008 sehingga Mac 2009 mengikut daerah seluruh Selangor?
38) KEBOLEHPASARAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan Kerajaan Negeri dalam melatih golongan belia bagi meningkatkan ekonomi dan kebolehpasaran anak muda di Selangor?
-
Berapakah peruntukkan yang disediakan untuk program-program ini dan apakah program yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri?
38) KAMPUNG PENEROKA BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kg.Papan di Pandamaran, Kg. Kenanga di Klang dan Kg.Temenggung di Gombak merupakan kampung-kampung peneroka yang telah membawa isu mereka ke perhatian kerajaan negeri melalui Exco Perumahan YB Iskandar Samad. Apakah status kampung-kampung tersebut?
-
Apakah penyelesaian daripada kerajaan negeri?
38) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PEMBUANGAN SAMPAH)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah pusat pembuangan sampah secara tradisional di Sungai Sedu?
-
Apakah rancangan terperinci jangka panjang bagi menyelesaikan masalah pelupusan sampah yang meruncing di Selangor?
