Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

74) PROGRAM PENJANAAN EKONOMI KAUM ORANG ASLI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan bagi meningkatkan lagi ataupun menjana perkembangan ekonomi dalam bidang pertanian untuk kaum orang asli?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah tanah yang dimiliki atau dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang asli yang boleh dimajukan dalam bentuk pertanian moden berkelompok?

    Klik jawapan »

  3. Adakah badan atau institusi yang khusus selain daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melaksanakan program tersebut di atas (a) dan (b)?

    Klik jawapan »

75) PROJEK PEMBANGUNAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Mengenai kelulusan pembangunan EXCO MTES Bil. 3/2000 bertarikh 26 Januari 2000 secara usaha sama antara MPAJ dengan Tan & Tan Development Berhad dirujuk: Adakah terma-terma dalam Joint Venture Agreement dipatuhi sepenuhnya dan dilaksanakan seperti mana dalam perjanjian?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos dan keuntungan sebenar projek berbanding dengan kos dan keuntungan seperti yang terkandung dalam perjanjian awal?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah keuntungan yang telah diserahkan kepada MPAJ berdasarkan kepada keuntungan sebenar berbanding dengan keuntungan yang diunjurkan dalam perjanjian?

    Klik jawapan »

76) MEMULIHKAN SISTEM PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KETUA KAMPUNG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah Ahli Jawatankuasa untuk memulihkan sistem pilihanraya kerajaan tempatan dan ketua kampung telah ditubuhkan?

    Klik jawapan »

  2. Sebutkan rancangan yang ada untuk memulihkan pilihanraya tersebut

    Klik jawapan »

77) PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan proses pelantikan ahli majlis.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi ahli majlis ini akan dinilai dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka jika prestasi mereka tidak memuaskan?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan tindakan yang akan diambil bagi memastikan proses pelantikan adalah lebih telus

    Klik jawapan »

78) BANJIR KILAT DI KAJANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pada 27 Ogos 2008 sekali lagi berlaku banjir kilat di Kajang yang memakan korban jiwa, menenggelamkan kenderaan dan merosakkan rumah-rumah di perlembahan pekan Kajang. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Pekan Kajang?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah gagalnya pembaikan sungai di Pekan Kajang sebelum ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan lanjut bagi mengatasi banjir kilat di Pekan Kajang?

    Klik jawapan »

79) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI PREMIS KERAJAAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan pusat jagaan kanak-kanak atau bayi di premis kerajaan bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu menggaji pembantu rumah atau menghantar anak-anak mereka di pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan bayi swasta

    Klik jawapan »

80) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Dilaporkan bahawa bulan Jun lalu telah diadakan lawatan ke Dubai bagi tujuan menarik pelaburan. Apakah susulan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri selepas lawatan itu?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nilai pelaburan yang dijangka akan dibawa masuk ke negeri Selangor hasil daripada lawatan itu?

    Klik jawapan »

81) PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengenakan syarat kepada semua projek pembangunan perumahan yang baru iaitu pemaju projek tersebut wajib berunding dengan persatuan penduduk kawasan bersebelahan tapak pembangunan tersebut untuk mendapatkan persetujuan mereka dan memastikan bahawa pembangunan yang bakal dilaksanakan tidak akan menjejaskan kawasan perumahan yang sedia ada.

82) MAHKAMAH SYARIAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah Mahkamah Syariah yang terdapat di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Mahkamah Syariah baru yang masih dalam proses pembinaan dan jumlah peruntukan yang disalurkan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan siapakah nama kontraktor dan lembaga pengarah yang dilantik untuk membina Mahkamah Syariah di Negeri Selangor mengikut susunan daerah ?

    Klik jawapan »

83) POHON GERAN KEKAL

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pemilik perumahan di Bandar Baru Bangi mendesak melalui ADUN agar hartanah mereka ditukar dari hakmilik selama 99 tahun kepada geran hak milik kekal. Apakah polisi pemilikan tanah di negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Berikan jenis-jenis status pemilikan tanah.

    Klik jawapan »

  3. Adakah kemungkinan diberi status pemilikan kekal bagi pemilik-pemilik hartanah di Bandar Baru Bangi dan lain-lain?

    Klik jawapan »